Buat duit online

Friday, December 31, 2010

Anak baik...

Assalammualaikum...

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uff" ("Ahh"), dan janganlah engkau menengking (dan/atau) menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (al-Isra,17:23)

Aku? Cuma insan biasa.
Sejarahku dimulakan oleh mak dan abah.
Syukur pada-Mu, ya Allah!
Yang memberikan sebaik-baik manusia...
Anugerah-Mu padaku yang paling besar... mak dan abah.

Senakal-nakal aku...
Kalau mak dan abah marah,
Aku akan diam.
Kepala kutundukkan tanda hormat,
Walau mukaku akan kelat,
Namun bantahanku terhad.
Diamku tanda taat,
Kerana aku tahu,
Amarahnya mendidik,
Tegurannya kasih sayang.

Semalas-malas aku,
Kalau mak dan abah suruh,
Aku akan buat,
Agenda peribadi kuketepikan ketika itu.
Kerana aku tahu,
Suruhannya baik,
Permintaanya berpatutan,
Dan kerana mereka sayangkan aku,
Mereka meminta aku membantu.
Mak dan abah bagaikan penjaga syurga,
Mentaati mereka insya Allah terjamin di Sana.

Sedegil-degil aku,
Kalau mak dan abah larang,
Aku akan ikut.
Sudah pasti ku pujuk rayu dahulu,
Dan jika ditolak,
Hatiku pasti akan akhirnya merajuk,
Namun aku tak berani membantah.
Kerana aku tahu,
Masinnya garam itu awal terasa di lidah mereka.
Larangannya bersebab,
Alasannya munasabah.

Semarah-marah aku,
Kalau mak dan abah tanya,
Aku akan jawab.
Nada ku rendahkan,
Ketidakpuasan hati kutepikan.
Kerana aku tahu,
Meninggikan suara ertinya derhaka,
Dan derhaka balasannya neraka!

Segarang-garang aku,
Kalau mak dan abah minta jaga adik,
Aku akan taat,
Walaupun ketika itu aku nak keluar dengan teman,
Sanggup aku tangguhkan,
Kerana kepentingan jatuh pada keluarga,
Yang susah senangnya bersama,
Tanggungjawab diberi aku pegang,
Kerana muslimin sejati harus amanah.
Makan minum mereka aku jaga,
Agar adik-adik melihatku sebagai contoh terbaik,
Yang cuba untuk jadi anak baik.

Atas nama cinta aku tercipta,
Atas nama masa aku dewasa,
Atas nama zuriat aku dipelihara,
Atas nama ilmu aku berjaya.

Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu kecilku, ya Rab!
Lindungilah mereka sebagaimana mereka melindungiku sewaktu kecilku, ya Rab!
Bahagiakan mereka sebagaimana mereka membahagiakanku sewaktu kecilku, ya Rab!
Moga dapat ku menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga ku sewaktu kecil...
Malahan.... Semoga lebih baik lagi... amin~~
Wallahu 'alam~

Friday, December 24, 2010

Nikmat Tuhanmu yang mana...

Assalamummua'laikum...

Apa yang ada di langit & apa yang ada di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah. Maharaja yang Maha Suci, yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana...

Sudah lumrah manusia untuk sentiasa mahu, dan mahu lagi... dan lagi... dan lagi...
Sudah lumrah manusia untuk sentiasa merasakan nikmat yang diperoleh tidak pernah cukup.
Sudah lumrah manusia untuk sentiasa merasakan dirinya yang paling hebat...

Tapi...
Sudah lumrah manusia juga untuk sentiasa mencari Tuhan...
Walaupun dia seorang pagan, atau seorang yang beragama moden seperti Scientology... pasti terselit juga di dalam hatinya hakikat kewujudan Tuhan... mencari-cari tanda keberadaaan-Nya. Apa lagi yang dicari? Bukankah sudah jelas semuanya di dalam al-Quran? Bacalah al-Quran, fahami tafsirnya, terjemahannya... kemudian lihat dan fahamilah alam semesta & bandingkan dengan isi kandungan al-Quran. Tiada 1 pun isinya yang bercanggah, kandungannya luar biasa! Maka, adakah ia karangan manusia? Saya berani kerat jari kalau ada yang bercanggah! kerana Allah swt telah menyampaikan semuanya di dalam mukjizat-Nya kepada Nabi Muhammad saw, al-Quran yang satu. Kita cuma perlu berfikir!

<-- [Cat's eye nebula dari jenis Planetery nebulae]

Planet dan bintang yang "terapung-apung" di angkasa. (al-Hijri, 15:16)
Bumi yang terbentang, langit yang tak pernah jatuh... (an-Nahl,16:3)
Gunung-ganang... tumbuhan yang membesar pada perkiraan tertentu. (al-Hijri,15:19)
Kitaran malam dan siang. (al-Hadid, 57:6)
Bukti kelahiran, perkembangan dan kematian manusia itu sendiri... (al-Hijr, 15:23)

Mahu lagi???
Baca sendiri.... al-Baqaarah, 2:164; al-Hijri, 15:16-28 ; an-Nahl, 16:3-21 ; ar-Rahman, 55 (dan banyak lagi!)

Atau adakah anda percaya semuanya datang tiba-tiba seperti yang dikatakan di dalam abiogenesis? - ilmu yang mengatakan semua benda hidup datangnya daripada benda bukan hidup, melalui proses semulajadi... Ya! secara semulajadi, secara spontan... tiba-tiba! (karut.. karut!)

Secara logiknya...
Adakah sambal tumis anda di dapur terjadi dengan sendirinya?
Adakah rumah anda terbina dengan sendirinya?
Adakah kerja sekolah anda siap dengan sendirinya?
Oo... tak apa, letak saja semua bahan di dapur... nanti siaplah sambal tu.
Nak bina rumah? Oo... tak payah susah-susah. Nanti rumah tu buat dirinya sendiri... (??)

Bukankah bunyinya saaaaaaangat.... mengarut? (betul tak?)
Semuanya tak tercipta sendiri... takkan pernah!!

Inilah jadinya bila manusia merasakan dirinya terlalu hebat... perkasa, bijak. Nikmat yang diberi Tuhan dinafikan lantas dikatanya tercipta sendiri. (hish...) Nak kata kurang bijak, belajar tinggi-tinggi... tapi bila dah pandai, terus tak ingat Tuhan. Beringatlah sebelum semua nikmat ini Allah tarik semula. Seperti mana JPA/MARA/PTPTN akan menarik semula tajaan/pinjaman mereka daripada pelajar yang tak tahu bersyukur (yang tak bersungguh belajar & tak skor la...), seperti itu juga Allah akan menarik nikmat-Nya kelak. Jangan sampai tu terjadi...

Bulan, bintang, matahari, bumi, langit... dan segala yang ada di antaranya... Semuanya nikmat Allah yang Maha Pencipta! Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (ar-Rahman,55).

p.s. Kalaulah Teori Evolusi yang telah dibawa oleh saintis Charles Darwin itu 1 kebenaran, kenapa agaknya proses evolusi itu sudah tidak berlaku sekarang? Salah satunya, ikan paus dikatakan ber"evolusi" daripada beruang yang cuba belajar berenang. Kalau betul, kenapa sekarang ikan paus tak ber"evolusi" menjadi sesuatu yang lain pula? (paus yang cuba terbang ke...). Kenapa "proses" itu sekadar "terhenti" di situ? Wallahu a'lam~

Wednesday, December 22, 2010

Buat salah?! Jangan malu...!

Salamua'laik... Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, penghulu umat manusia, penyebar wahyu Allah swt yang tiada duanya... Muhammad saw, pesuruh dah kekasih-Nya.

Tersenyum sumbing tengah hari tadi... kenapa? Hmm... kira-kira lepas waktu Zuhur tadi di masjid kampus, seorang daripada sahabat saya bertanya, "Kau bangga tak dengan kesilapan yang pernah kau buat?". Terkejut juga mendengarkan soalan "membunuh" yang diberi, rasa lucupun ada.

"Bangga? Tak kot. Tapi taklah macam... rasa malu.", jawab saya (lebih kuranglah...).

Haa? Kenapa saya tak rasa malu? Hmm... Bagi saya, kesilapan dan kesalahan (mistakes)adalah salah pelajaran yang baik. Saya pasti, anda juga begitu. Melalui kesilapan, kita akan menjadi lebih matang... lebih banyak berfikir sebelum bercakap / bertindak. Betulkan?

Ataupun mungkin kesalahan yang kita telah buat adalah untuk pengajaran orang lain. Ertinya, bila kita tahu yang perbuatan tersebut salah, kita akan berkongsi / melarang orang lain daripada melakukan kesalahan yang sama. Walaupun kadang-kadang manusia ini memerlukan lebih daripada kata-kata untuk berhenti daripada melakukan sesuatu... maksudnya, kita perlu melakukan kesilapan itu sendiri sebelum mengambil pengajaran daripadanya.

Contohnya, ketika saya di dapur suatu masa dulu (3/ 4 tahun lepas kot...). Adik saya yang masa itu berumur 5 / 6 tahun terlalu ingin untuk tahu tentang keadaan kek yang sedang masak di dalam oven. Sudah terang lagi bersuluh larangan saya kepadanya, "Zira... tengok boleh, tapi oven tu jangan usik... panas." "Ha...", jawabnya. Tapi dalam angguk-angguk kepala tu, tangan usik juga (walaupun dah tahu oven tu panas!). Hmmm... apa lagi? Melekatlah 10 jari dia pada oven tu. Menangis? Jangan katalah... melalak lagi ada. Tapi yang bagusnya, selepas itu Zira menjadi lebih berhati-hati ketika mengintai kek di dalam oven...

Nampakkan? Kesilapan / kesalahan adalah pengalaman... dan bagi mereka yang mengambil berat & iktibar daripada setiap salah dan silap yang telah dilakukan, pasti akan belajar sesuatu. Jadi, siapa kata melakukan kesilapan 1 perkara yang memalukan? "Guru terbaik anda ialah kesalahan terakhir anda." (Your best teacher is your last mistake), kata Ralph Nader.

Kenapa kesalahan terakhir? Bukan semua kesalahan yang telah kita buat? (Ha... fikir, fikir!)Hmm... Pendapat saya? Setiap kali kita buat salah (dan minta maaf kalau melibatkan orang lain); kemudian kita ambil iktibar, berikrar takkan ulang lagi (seboleh-bolehnya la...); itu ertinya kita telah menyesal dan mengambil kesilapan tadi sebagai pengajaran, pengalaman yang mendewasakan diri. Mungkin boleh dianalogikan seperti taubat nasuha yang membasuh dosa besar... bersih! Jadi, setiap kesalahan baru yang dibuat (yang tak pernah dibuat sebelum ni) merupakan yang pertama & terakhir setiap kalinya.

Jadi, bila saja melakukan kesalahan kelak... jangan rasa malu! Tapi, jangan pula rasa bangga... Sebaliknya, ambillah iktibar, manfaatkan kesilapan lalu untuk menjadi insan yang lebih cemerlang, lebih bijak, lebih baik dari semalam... Ingat!! Jangan rasa rendah diri dangan kesalahan / kesilapan yang telah dibuat kerana ia mungkin berlaku pada kita sebagai peringatan bagi yang lain.

p.s. Orang yang mengulangi kesalahan yang sama adalah orang yang tak belajar apa-apa daripada kesalahan sebelumnya (maka dia perlu berasa malu!) Wallahu a'lam~

Friday, December 17, 2010

Hidup? Bagaikan strawberi...

Assalammua'laikum...
Salam keberkatan dalam setiap pergolakkan. Disebalik rerintik hujan yang berderai jatuh ke bumi, pasti akan datang sinar mentari untuk menyinari setiap ciptaan tuhan.

Merenung pada masa yang telah berlalu...
Banyak kehilangan, banyak peningkatan.
Ada yang kata hidup bagaikan roda, sekejap di atas sekejap di bawah.
Ada yang kata hidup bagaikan kata-kata, ada yang manis dan ada yang pahit.

Bagi saya? Hidup bagaikan strawberi...
Ya, buah strawberi.
Warnanya menarik perhatian... merahnya menawan.
Bentuknya artistik... bagaikan tanda cinta (heart).
Sifatnya simbolik... ikonik.
Namun, rasanya?
Secantik-cantik strawberi & walaupun masak ranum, enaknya belum tentu.

Begitu juga dengan hidup...
Corak kehidupan ditentukan oleh pencoraknya sendiri... iaitu kita.
Allah memberi kita peluang untuk melukis masa depan.
Diciptakan hidup sebagai sesuatu yang abstrak... banyak pilihan, soalan dan persimpangan.
Sama seperti strawberi yang cantik tapi tak menjanjikan rasa yang sedap; secantik-cantik pilihan yang dibuat juga, tak semestinya merupakan sebaik-baik keputusan (nampak perkaitannya?).
Dan seburuk-buruk perkara yang berlaku pada kita, tak semestinya memudaratkan. Kerana disebalik setiap keputusan/pilihan yang diambil hatta di dalam setiap rancangan yang dibuat sekalipun, tersirat 1 kuasa yang mampu mengubah perancangan/pilihan kita. Itulah namanya takdir Allah... Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik rancangan adalah milik-Nya. Dalam erti kata lain, jika suratan takdir bertentangan dengan kehendak, maka redhalah... itu tanda orang beriman.

"... boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, & boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah, 2:216)

Bila saja berasa diri diuji dengan ujian yang berat... maka janganlah mengalah.
Kita mungkin akan jatuh dan tersungkur, tapi gunakanlah kudrat yang tersisa untuk bangkit semula...
Kerana hidup adalah subjektif, ia adalah perlumbaan... tiada ruang untuk yang lemah; ia adalah gunung yang tinggi... harus didaki ke puncak jaya; ia adalah lautan dalam... tampak tenang tapi penuh gelora. Belajarlah dari setiap pengalaman, ambillah setiap nasihat, luangkan masa untuk renung kembali setiap plot kehidupan.

Kerana hidup bagaikan strawberi...
Walaupun masam, tetap dikaitkan dengan kasih sayang.
Dan dengan sedikit ramuan, strawberi boleh menjadi pencuci mulut yang paling enak...
Hidup juga begitu.
Walaupun pahit, kadang-kadang yang pahit itulah yang paling bererti.
Dan dengan sedikit ramuan, hidup yang mungkin dianggap sebagai tidak indah itu... akan bertukar menjadi 1 kehidupan yang paling membahagiakan. Yang penting adalah keyakinan, kesabaran dan usaha serta doa.
Percayalah bahawa Allah itu maha adil... dan nikmatnya berasa di mana - mana sahaja.

Tuesday, December 7, 2010

Ma'al Hijrah... 1432H

Assalammua’laikum... salam sejahtera, salam Ma’al Hijrah 1432.

Hijri (Hijrah) merupakan tahun kalendar Islam. Bezanya dengan tahun Masihi? Masihi dikira berdasarkan pengelilingan matahari oleh bumi manakala Hijri pula berdasarkan pengelilingan bumi oleh bulan.

Allah swt telah mengilhamkan idea perlaksanaan tahun Hijri kepada Saidina Umar a.s. Terdapat 2 peristiwa yang diriwayatkan yang membawa kepada perlaksanaan tahun Hijri ini – seperti yang diceritakan oleh Ustaz Khairuddin dalam Al-Khulliyyah (TV3) edisi khas Ma’al Hijrah 1432.

1—Saidina Umar a.s mendapat sepucuk surat tentang laporan kewangan daripada salah seorang gabenornya di salah satu wilayah Islam. Di atas surat tersebut tercatat perkataan “Sya’ban”. Jadi khalifah itu tidak tahu Sya’ban tersebut merujuk kepada Sya’ban yang mana (sebelum terciptanya tahun Hijri, hanya tarikh & bulan sahaja yang digunakan).

2—Saidina Umar a.s mendapat aduan daripada salah seorang gabenornya di salah satu wilayah Islam yang mana beliau tidak mengentahui surat daripada khalifah tersebut sudah berapa lama (maklumlah, system pos dulu bukan macam sekarang, berbulan-bulan @ mungkin bertahun-tahun baru sampai).

Selepas Saidina Umar a.s tampil dengan idea tentang perlaksanaan tahun Islam ini, muncul pula pelbagai pendapat mengenai peristiwa yang perlu diambil sebagai titik perkiraan tahun Hijri ini. Ada yang kata…

>>Tarikh kelahiran nabi perlu menjadi permulaannya.

>>>>Tarikh kebangkitan nabi perlu menjadi permulaannya.

3) >>Tarikh penghijrahan nabi perlu menjadi permulaannya.

>>Tarikh kewafatan nabi perlu menjadi permulaannya.


Akhirnya, Saidina Umar a.s mengambil keputusan untuk menjadikan tarikh penghijrahan Nabi saw sebagai titik permulaan perkiraan tahun Hijri. Beliau berpendapat, hijrah (bermaksud perpindahan) adalah peristiwa terpenting dalam sejarah Islam kerana umat Islam Mekah (Muhajirin) bukan sekadar berpindah untuk kelangsungan hidup, tetapi juga sebagai alfirarul biddin (lari dengan membawa agama). Hijrah yang dilakukan oleh kaum Muhajirin ini disambut baik oleh kaum Ansar (penduduk Madinah yang meraikan ketibaan Muhajirin & menyediakan perlindungan serta keperluan Muhajirin).

Menurut Ustaz Khairuddin lagi, membaca doa awal & akhir tahun tidak tergolong dalam sunah nabi kerana penggunaan tahun Hijri ini dilaksanakan kira-kira 7 tahun selepas Nabi saw wafat. Amalan ini datang kemudian, iaitu selepas zaman sahabat & Khulafa ar-Rasyidin. Walau bagaimanapun, orang yang berdoa ini disukai Allah swt. Maka tak salah untuk kita berbuat demikian. Cuma janganlah meletakkan hukum padanya sesuka hati (main letak je wajib la; tak buat berdosa la).

Tentang amalan bacaan surah ya siin 3x pula, Ustaz Khairuddin menerangkan, Nabi saw tak pernah buat & tiada hadis mengenainya. Ia cuma amalan masyarakat Asia Tenggara.

p.s. Tiada lagi Hijrah (berpindah dari 1 tempat ke tempat lain) selepas pembukaan kota Mekah, yang tinggal adalah jihad - perjuangan mempertahankan Mekah. Tapi, Hirah bagi membezakan yang hak & yang batil perlu sentiasa dilakukan agar Islam tetap di hati.

Wednesday, December 1, 2010

Psst... Cantik? Nak, nak! II

Assalamumua'alaikum...
Salam keindahan yang mengulit rindu setiap makhluk kepada Penciptanya...

Tengah hari tadi saya ada menonton 1 rancangan berbentuk dokumentasi di TV. Biasalah rancangan khas untuk wanita, apa lagi halnya kalau bukan kecantikan. Pengisiannya menarik, penuh dengan tip-tip & petua-petua turun temurun. Tapi, 1 perkara yang terkesan di hati saya ialah tentang teknologi terbaru yang digunakan untuk membuang bulu kaki. Hmm... biasanya pisau cukur atau krim khas akan digunakan untuk membuang bulu kaki. Tapi, teknologi terbaru ini membolehkan wanita untuk mengucapkan "Selamat tinggal" kepada semua teknik-teknik tipikal ini. Hal ini kerana teknologi tersebut akan membantutkan pertumbuhan bulu rambut kerana ia menggunakan kaedah pemanasan yang menghangatkan folikel rambut, lantas mencegah pertumbuhannya.

Cakap panjangpun tak guna (nama teknologi itupun saya tak ingat!).

Persoalannya, adakah kita dibenarkan untuk membuang bulu kaki? Memanglah... mencukur bulu kaki itu tak salah, tapi hanya bagi wanita yang mempunyai bulu kaki yang panjang (& menyerupai lelaki) sahaja. Namun,adakah ini bermakna kita boleh membuangnya terus secara kekal @ permanent? Saya tidak membicarakan tentang hukum (saya bukan ahli fiqh / syariah)... Tapi sedikit sebanyak, berdasarkan pengetahuan yang tohor ini, saya rasa, ianya bagaikan mengubah anugerah Illahi secara total. Ia tidak seperti bulu kaki yang dicukur secara tipikal, yang pasti akan tumbuh semula.

Lihatlah... betapa wanita sanggup berbuat apa saja untuk cantik. Mereka bagaikan tidak lagi malu untuk mengubah-ubah diri mereka semata-mata untuk digelar cantik, menawan, seksi... nak sangat kelihatan menggoda agaknya (ooppsstt... tersasul!)

Padahal, wanita itu sifat asalnya adalah pemalu, sopan santun, taat...
Tapi bila sifat malu itu sudah dicabut dari hati? Maka jadilah dia dengan apa yang dikatakan 'berhabisan untuk jelita' & 'biar plastik janji cantik' (termasuk juga 'berpakaian tapi bertelanjang'!). Dan itu adalah tanda awal kepada kehancuran akhlaknya yang boleh membawa kepada kemusnahan dirinya (minta dijauhkan!).

Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hambaNya maka ia akan menghilangkan rasa malunya, maka jika telah dicabut rasa malunya kamu tidak akan menjumpainya lagi kecuali ia membenci & dibenci & dicabutlah rasa amanah darinya. Maka jika dicabut rasa amanah darinya kamu tidak akan menjumpainya kecuali ia khianat & mengkhianati & jika kamu tidak menjumpainya kecuali ia khianat & mengkhianati & dicabutlah rasa kasih sayang daripadanya. Dan jika kasih sayang dicabut darinya maka kamu tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk & dilaknat. Maka dicabutlah keislaman darinya.” (Ibnu Majah -4054)

Jadi, wahai saudari-saudariku, fikirkan semula tujuan sebenar keinginan anda untuk cantik. Adakah anda ingin cantik untuk 'memancing' kaum Adam? Jika ya, adakah anda rasa yang anda akan berjaya menarik perhatian jajaka-jejaka yang takutkan Allah swt & yang baik akhlaknya dengan kecantikan anda? Ingat! Umpan akan menentukan jenis tangkapan...

P.s. Saidina Hassan ra mengatakan bahawa sebaik-baik lelaki untuk dikahwini adalah yang baik budi pekertinya (akhlaknya) & yang bertaqwa (takutkan Allah) kepada Allah swt. Wallahua'alam...

Thursday, November 25, 2010

lebih tajam dari pisau!

Assalammua'alaikum...

Manusia... harus bijak dalam pertuturan.
Kata-kata, tajamnya lebih dari pisau yang kerap diasah!
Parutnya tak kelihatan dan penawarnya belum tentu ada.
Jangan sebut tentang sesuatu jika anda hanya berniat untuk menunjuk.
Jangan sebut tentang sesuatu jika anda tak berniat untuk berkongsi kemanisannya.
Ia hanya akan menimbulkan rasa yang tidak enak di hati...


Sudah lumrah wanita, mulutnya terlalu mudah untuk berbicara. Wanita bercerita hampir tentang semua...S.E.M.U.A! Dari nasihat, gosip, fesyen, rahsia dan umpatan. Itu belum kira lagi bab membangga diri.

Kadang-kadang kita terlalu suka mengangkat diri sendiri. Tak salah juga kalau nak memuji diri sendiri (puji untuk keyakinan diri)... tapi kalau dah sampai melangit tinggi?

Tidak ada apa yang indah bila membangga diri... ya, mungkin akan ada yang memuji, tapi pujian itu hanya bagai angin lalu. Menghembus hari-hari, namun tak pernah dihargai (betul tak?).

Apa yang pasti, kadang-kadang pertuturan kita itu tidak menyenangkan hati orang lain. Lebih teruk lagi kalau kita (tanpa sedar) telah melukakan hati orang lain dengan pertuturan. Sebab itu Nabi saw menyarankan kita untuk berdiam diri jika tidak ada perkara yang penting untuk dipertuturkan.

Terutamanya wanita. Dalam pertuturan, kaum Hawa lebih mudah (cenderung) untuk membangga diri, mengumpat, serta mengata tentang hal orang lain (bukan menuduh, saya juga seorang perempuan). Saya faham betapa sukarnya untuk mengawal pertuturan. Wanita cenderung untuk membanding-bandingkan antara 1 sama lain, lebih cenderung untuk bercerita tentang orang lain (siap tokok tambah lagi!); malahan pertuturan sering disulami dengan emosi.

Kadang-kadang, kita terlalu melebihkan emosi dalam pertuturan.
Kadang-kadang, kita bercakap dahulu dan berfikir kemudian.
Kadang-kadang, kita menjadi sangat asyik dalam memuji diri.
Kadang-kadang, kita "khusyuk" memuaskan hati dengan melukai hati yang lain.
Ingatlah! Perkataan dari setiap pertuturan boleh menjadi lebih tajam dari pisau...
Lukanya mungkin tak kelihatan, namun ubatnya belum tentu ada di pasaran.

p.s. Berhati-hati ketika berkata-kata. Kadang-kadang, luka yang disebabkan oleh pertuturan tak mampu ditebus dengan apa-apa sekalipun, meskipun "maaf" dilafaz sekerap nafas yang disedut...

Tuesday, November 9, 2010

Jangan Kata 3! II

Assalammua'alaikum...
Semoga hari demi hari menjadi lebih bermakna dan bermanfaat...

Rentetan cerita Yusuf Estes (rujuk entri 'Jangan Kata 3!'). Yusuf Estes, sebelum Islamnya merupakan seorang pendakwah Kristian. Beliau berkata yang beliau pernah cuba untuk menceritakan tentang konsep triniti kepada seorang Muslim arab (dengan niat agar si arab ini akan faham lantas memeluk Kristian - tetapi yang terjadi ialah sebaliknya!). Semasa menjadi seorang preacher, dia merasakan dia perlu menukar agama pak arab ini. Jadi sebagai permulaan, dia ingin menerangkan konsep triniti. Lantas dia ke gereja, bertanya sana sini untuk mencari penerangan termudah tentang triniti agar dapat pak arab ni faham.

Pada waktu ini, Yusuf berpendapat bahawa sangat penting baginya untuk menceritakan triniti dalam konsep termudah; agar kurang soal jawab, kerana pak arab ni bijak orangnya (walaupun berjeans, tapi akidah pak arab ni mantap).

Lalu... ramailah yang memberikan pendapat kepada Yusuf ni... dan antara analoginya ialah...

1-- Triniti = 1 keluarga. Keluarga yang ada bapa, ibu, anak... 3 dalam 1. Yusuf terima idea ini, tapi ketika dalam perjalanan pulang, beliau terfikir... pak arab yang bijak ini pasti akan sangkal... Macamana kalau ibu bapa itu bercerai? Keluarga akan berpecah, tuhan berpecah? Kalau salah seorang antara mereka mati, tuhan boleh mati ke??

2-- Triniti = 1 epal. Kulit epal , isi epal (yang kekuningan tu), biji epal... 3 dalam 1. Soalan-soalan masih berbangkit - macamana kalau pak arab tu tanya... Biji epalkan halus dan banyak, adakah tuhan lebih daripada 3? Tambahan, epal tersebut mungkin ada ulat di dalamnya; dan sedap dimakan!

4--Triniti = 1 telur. Kulit telur, putih telur, kuning telur... 3 dalam 1. Kali ini Yusuf berpuas hati. Tetapi ketika dalam perjalanan pulang, sekali lagi dia terfikir, macamana kalau telur itu busuk? Tuhan busuk jugakah? Kalau pecah? Kalau ada 2 telur kuning? Tuhan akan jadi 4!

***

Jadi sebagai Muslim, katakan tiba-tiba masa tengah tunggu bas ke, jalan-jalan di shopping complex ke, entah dari mana seorang yang bukan Muslim datang dan tanya, "Allah tu macamana, eh?" Huh??! Macamana nak jawab? Soalan basic ni! Macamana? Macamana? Jangan peluh-peluh, jangan kecut perut, kerut-kerut dahi... cari jawapan. Jangan kata, "Entah! saya sekolah agama dulu sampai darjah 5 je. Sayapun tak tahu." (Kalau ini jawapannya... habislah!)

Jawapan Allah dah bagi dah... Surah ni selalu menjadi pilihan dalam solat.. al-Ikhlas, 112 : 1-4.

Katakanlah (Muhammad),"Dialah Allah, Yang Maha Esa (satu). (1)

Allah tempat meminta segala sesuatu. (2)

(Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. (3)

Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia." (4)

p.s. Segala jawapan ada dalam buku panduan hidup Muslim sepanjang zaman... itulah al-Quran.

Jangan Kata 3!

Assalamua'laikum...
Salam yang ku tujukan kepada umat Islam dengan nama tuhan yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya.

Teringat 1 video tentang Yusuf Estes (seorang bekas pendakwah / preacher Kristian). Beliau merupakan rakyat Amerika yang telah memeluk agama Islam dan kini aktif dalam kegiatan dakwah di sana (boleh cari tentang Yusuf Estes di youtube). Ketika bercerita tentang pengalamannya, Yusuf berkata, Allah melarang untuk kita berkata 3...
Sudah lama mencari, baru sekarang mendapat...

"...Maka berimanlah kepada Allah, dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan, "(Tuhan itu) tiga." berhentilah (dari ucapan itu)..." (an-Nisa, 4 : 171)

Ya, saya pasti itulah ayatnya. Allah telah berkata dengan jelas... jangan kata 3! Allah itu Maha Esa yakni satu, tiada 2. Jadi bagaimana mereka boleh mengatakan tuhan itu 3? Malah, Allah sendiri mengatakan bahawa telah kafir mereka yang mengatakan al-Masih dan ibunya sebagai tuhan... menyekutukan Allah dosanya besar!

"Sungguh telah kafir orang-orang yang mengatakan bahawa Allah adalah 1 dari yang 3..." (al-Maidah, 5 : 73) - semak juga 5:72.

Jelas, Kristian sekarang bukan lagi "agama" yang turun dari Allah, ia telah diubah selari dengan zaman dan mengikut kehendak (suka hati). Bible bukan lagi Injil. Dan mereka, bukan lagi ahli kitab yang boleh dikahwini (oleh lelaki Muslim). Mereka mengubah ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa as. Sangat jauh terpesong dari yang asal.

Betapa kerasnya Nabi Isa as menafikan pertanyaan Allah swt ketika baginda ditanya oleh-Nya, "...Wahai Isa putra Maryam! Engkaukah yang mengatakan kepada orang-orang, jadikanlah aku dan ibuku sebagai 2 tuhan selain Allah?.."
Jawab Isa...
"Maha suci Engkau. Tidak patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku. Jika aku telah mengatakannya, tentu Engkau telah mengetahuinya..."
(Semak al-Maidah, 5 : 116, 117).

Bayangkan, jika Nabi Isa as sendiri menafikan perbuatan mereka, jadi... pada siapa sebenarnya mereka bergantung?

1 perkara lagi...

Orang-orang Kristian percaya bahawa mereka lahir dalam keadaan berdosa. Dosa apa? Dosa yang DIWARISI deripada Adam dan Eve yang melanggar larangan tuhan dan menyebabkan mereka tercampak ke dunia dari syurga. Hmm.. ya! dosa yang diwarisi turun temurun. Kalau mengikut logik akal, mana adil seseorang itu dihukum kerana kesalahan orang lain? Tidak adillah tuhan itu, kalau menghukum semua orang kerana 1 kesalahan orang lain, betul tak? (hmm... logiknya memang begitu!)

Allah sudah menjawab dengan terang, jelas dan nyata; di dalam al-Baqarah, 2 : 141.
"... Dan kamu tidak akan diminta (pertangungjawabkan) tentang apa yang dahulu mereka kerjakan."

Jadi, nanti.. jika ada yang datang pada kita dan bercerita tentang ketuhanan al-Masih; atau tentang virgin Mary hatta tentang triniti sekalipun, ingatlah mereka boleh kata apa yang mereka suka. Tapi, tetapkan dalam hati, dan berpeganglah... bahawa Allah itu tuhan yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Iman di jiwa sangat mahal harganya, ia tak boleh diwarisi, tak boleh ditukar ganti, tak boleh dijual beli. Iman kepada Allah itu adalah IC kita sebagai umat Nabi Muhammad saw, pengenalan untuk mendapat syafaat daripada Rasulullah... dan semoga ia membawa kita je jannah Allah (Insya Allah, amiiinnnn!)

p.s. "... Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus." (al-Baqarah, 2 : 142)
~~
wallahua'lam~~

Wednesday, October 20, 2010

Peperiksaan vs Ujian

Assalamua'laikum, salam sejahtera di celah-celah kesibukan dunia....

Hmm... dia dah datang dah... Ya, dia datang lagi. Tanpa disedari, sebenarnya hari-hari dia datang. Bentuknya berbeza-beza, tapi motifnya serupa. Itulah dia, U.J.I.A.N.
Dan sebagai pelajar, ujian itu datang pada kali ini dalam bentuk peperiksaan akhir semester. Ya, Allah! Banyaknya nak kena baca! Nak kena hafal... nak kena faham... Makin lama belajar, makin susah (Luasnya ilmu Allah!). Berpuluh-puluh nota, beratus-ratus slides. Mampukah? Mampukah aku untuk menghadapi semuanya?

Ya! Pasti mampu! Pasti!!!! Sebab Allah tidak akan menguji seseorang melebihi hadnya. Aku pasti mampu menghadapi peperiksaan itu, sebab itu Allah izinkan ia berlaku pada diriku, dan sahabat-sahabat yang lain. Seperti juga ujian dunia yang menjadi pengukur iman, ujian dalam pelajaran menjadi pengukur kefahaman. Manakan tahu dalamnya sungai kalau tidak diukur arasnya? Manakan tahu tingginya iman jika tak diukur tegaknya? Manakan tahu luasnya ilmu jika tak diukur penguasaannya? (Betul tak?)

Allah berfirman, "Kamu pastikan diuji dengan harta & dirimu..." (Ali Imran: 86)

Dalam surah lain Allah berfirman, "...Sungguh, janji Allah pasti benar, maka janganlah sekali-kali kamu terperdaya oleh kehidupan dunia dan jangan sampai kamu terperdaya oleh penipu dalam (mentaati) Allah." (Luqman:33)

Allah dah kata yang hidup kita akan diuji, dan Dia juga kata janji-Nya benar. Maka kata-kata Allah yang mana lagi yang kita sangsikan? Dia benar-benar menguji hamba-Nya. Kenyang itu ujian, kaya itu ujian, sihat itu ujian, masa lapang itu ujian, membaca komik itu ujian, pergi mall itu juga ujian... semuanya ujian, semuanya peperiksaan. Dan kalau kita bersyukur atau sekurang-kurangnya belajar untuk berterima kasih, insya Allah... Allah akan tolong kita dalam ujian kehidupan ini.

Ingat! Janji Allah itu benar. Ikhlaskan hati, usaha, usaha, usaha, doa dan tawakal... pasti berjaya. Andai kata keputusan peperiksaan tak semanis yang dibayangkan, jangan melatah... namun tak salah untuk menangis, lepaskan semua kekecewaan (kecewa itu lumrah manusia). Tapi, harus jangan berlebihan kerana pasti, itu 1 lagi ujian. Ingat! Yang terbaik untuk diri kita adalah apa yang ditentukan Allah, bukan apa yang kita fikir kita layak dapat (faham tak?). Lagipun, gagal sekali tak bermakna gagal selamanya... kegagalan bukan bermakna bendera putih telah diangkat, dan saat sebenar kita kalah adalah saat kita berhenti berusaha. Jadi kalau kita gagal 1000 kali, tapi kita usaha setiap kali gagal, pasti kejayaan yang datang nanti 1 000 000 kali lebih manis & bermakna daripada gagal dan usaha tadi.

Hehe... Cakap memang mudahkan? Hmm... nasib baik cakap tu senang, kalau tak? Cuba bayangkan, kalau cakappun susah, nak buat mestilah lagi susah. Bila cakap senang, perbuatan taklah susah sangat (logik, logik!). Kepada semua yang bakal menghadapi peperiksaan akhir semester / tahun ... usahalah sehingga saat nak masuk dewan peperiksaan nanti. Tidak ada istilah "DAH TERLAMBAT" dalam mencari ilmu...

P.s. Pelajar dibayar oleh kerajaan untuk belajar (biasiswa, pinjaman dll.), rakyat bayar cukai setiap tahun untuk belanja setiap pelajar, bukan sen-sen... tapi RM juta-juta. Mak dan abah juga pembayar cukai. Patutkah aku menjadikan wang mereka sia-sia? Fikir sendiri...

Monday, October 11, 2010

Psst... Cantik? Nak! Nak!

Lama sangat-sangat tak update blog. Hmm.... sibuk sangat lepas raya, dengan report yang bertimbun-timbun. Bila ada masa senggang pula, rasa malas nak menaip... Hish! semua hal dunia... Apapun hari ini, saya nak menulis tentang C.A.N.T.I.K... ya, cantik!

Bila kita sebut tentang cantik, apa agaknya yang ada di fikiran? Pepatah Inggeris mengatakan "Beauty is in the eye of the beholder" (kecantikan terletak pada mata si pemerhati)... Kenapa agaknya macam tu ya? Hmm... bila fikir-fikir balik, memang betul. Perasan tak, kadang-kadang ada orang kata yang ni cantik, tapi bagi orang lain biasa saja sebab dia rasa yang lain lagi cantik. Penilaian kecantikan adalah berbeza-beza. Bagi 1 masyarakat di China (dulu kala), perempuan yang bersaiz kaki kecil itu cantik. Bagi sebuah etnik di Afrika menganggap berleher panjang itu cantik. Di 1 sudut dunia yang lain (hee... tak ingat di mana), golongan yang gemuk dikategorikan sebagai cantik. Maknanya betullah pepatah Inggeris tu (agaknya).

Kata seorang penulis, Pahrol Mohd Juoi dalam Tentang Cinta, tidak ada wanita yang hodoh, cuma kecantikan yang berbeza. Macam mana, ya? Kalau kita selarikan dengan pepatah Inggeris tadi, ada benarnya juga. Kecantikan terletak pada mata si pemerhati... Kalau si pemerhati menilai seseorang yang agak berisi sebagai cantik, maka yang diperhati itu akan cantik di matanya. Kalau si pemerhati meletakkan kecantikan pada akhlak, maka yang diperhati itu akan cantik pada matanya biarpun dari segi fizikalnya kurang. Dapat gambarannya?

Seseorang pernah berkata kepada saya, katanya dia telah mendapat pengajaran yang sangat berharga dalam makmal praktikal anatomi yang lalu...'buat apa wajah & badan yang cantik? mati nanti mereput jadi tanah. Tak kekalpun...' Betul juga. HAMKA pernah berkata, "Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab & ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya." Ya, cantik itu perlu. Seorang isteri perlu cantik untuk suaminya... tapi bukan cantik paras rupa saja, cantik semuanya. Biarpun seorang perempuan itu kurang cantik dari segi paras rupa, tapi dengan akhlak dan akidah yang cantik, saya percaya itu lebih membahagiakan. Berapa ramai kita lihat golongan artis dan selebriti yang 'cantik-cantik' bercerai berai (ooppst... bukan untuk mengata)... mungkin kerana kurang kecantikan akidah dan akhlak.... mungkin! Ingat... sentiasa ingat, bahawa cantik itu datangnya dari dalam dan bukan dari luar. Cantik fizikal bukannya boleh bawa ke syurga, sebab Allah melihat seseorang pada Imannya, bukan paras rupanya.

Hmm... betul, cakap memang senang. Di saat semua orang mengejar-ngejar isi dunia, kita juga pasti akan terikut-ikut. Orang nak kaya, kita nak kaya. Orang nak cantik, kita nak cantik. Tak salah untuk berusaha agar cantik (dari segi fizikal) kerana itu fitrah. Tapi, jangan sampai terlalu asyik mengejar kecantikan fizikal sehingga boleh memudaratkan, sebab ianya sementara. Kalaupun seseorang itu kekal cantik sampai ke tua, cantik itukan pasti luput dek cacing dan ulat-ulat tanah setelah nyawa dicabut nanti. Pun begitu, alangkah bagusnya kalau ada dua-dua. Tapi kalau perlu memilih prioriti, kita harus bijak. Nak cantik fizikal yang hanya kekal di dunia ke, @ nak cantik rohani yang insya Allah membawa ke syurga? Pilihan sentiasa di tangan kita...

P.s. Cantik adalah ujian dan ianya milik Allah swt, jadi seorang wanita itu berada di tahap yang berbahaya jika dia perasan dirinya cantik... Fikir sendiri!

Wallahu'alam...

Wednesday, September 15, 2010

Maka inilah waktunya


Telahku lihat gembira,
Telahku lihat duka,
Terdampar di bahu-bahu kau & aku ,
Nyatakah kebenaran melalui penipuan?
Realitinya kita kini terpisah dek haluan,
Dan jika ingin kau berkata mengingat,
Semua yang telah kita lalui,
Walau tentang dunia yang mendatang,
Atau untuk mencantas duka,
Maka inilah waktunya.

Ku lihat ketakutan,
Ku lihat keyakinan,
Bersama telah kita tanggung dunia,
Cabaran di alam persekolahan,
Tertampung semua dek keikhlasan senyumanmu,
Dan jika kau rindu pada perkongsian masa kita,
Maka inilah waktunya.

Untuk kita duduk bersama,
Berbicara tentang kenangan lama,
Mengimbau nostalgia waktu kita dekat,
Atau membaca kata-kata ini,
Yang tertuju untukmu,
Agar kau tahu,
Ku selalu mengingatimu,
Bahawa aku sentiasa bersamamu,
Keranaku selamanya sahabatmu.

Ku lihat kebangkitan,
Ku lihat kejatuhan,
Hidup untuk melihat hembusan terakhir,
Dan walau kejauhan semakin memisahkan,
Doa selaluku kirim agar sentiasa kau dekat,
Dan moga selalu terpelihara oleh-Nya.

Dan teristimewa di hari lebaran,
Kemenangan yang mengiringi 1000 keberkatan,
Disaat kita membuka lembaran,
Harap saling kita memaafkan,
Pada janji yang tak tertunai,
Pada khilaf yang tak terelak,

Moga saling kita menghalalkan & mendoakan,
Semoga kebahagiaan sering berdampingan,

Dalam keberkatan & kesederhanaan Syawal,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Thursday, August 26, 2010

Taubat si Penggali Kubur

Salam'alaik...

Lama dah tak upate post...
Sibuk untuk exam lah kononnya... Padahal kalau nak dikira betul-betul, hari-haripun kita exam...
hmm apa-apapun... suka betul kelas Otologi minggu lepas, Dr. Sayuti (ENT surgeon) yang ajar - sangat rendah diri perwatakannya. Dan perkara yang saya nak kongsi kali ini ialah kisah taubat seorang penggali kubur yang diceritakan oleh Dr. Sayuti sebagai selingan dalam kelas hari tu...

Kisah terjadi waktu zaman sahabat-sahabat dulu kala... Diriwayatkan ada seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur - tapi dia bukan gali secara halal, dia gali secara haram. Dia menggali kubur untuk mencuri kain kafan, dijual untuk menampung hidup.

Pada siang hari, kalau ada kematian si pemuda akan ikut sekali ke majlis pengebumian (untuk kenal pasti lokasi kubur) dan waktu malam hari dia akan datang semula kali ini untuk mencuri kain kafan. Tapi, lama kelamaan... si pemuda tadi jadi tertanya-tanya dek kerana perubahan keadaan mayat yang dia jumpa setiap kali dia gali kubur - sentiasa berbeza-beza dari keadaan yang asal. Untuk menjawab semua pertanyaan yang bersarang dalam kepalanya, si pemuda tadi pergi berjumpa dengan seorang alim.

hmm... agaknya apa yang dia nampak? apa yang menyebabkan dia tergerak hati untuk bertaubat? 7 keadaan mayat yang pemuda itu jumpa & 7 jawapan yang diberi oleh orang alim itu termasuklah...

1... Mayat yang membelakangkan kiblat (sedangkan semua mayat sewaktu diletakkan dalam lahad akan disandarkan ke arah kiblat).
-- Orang yang mensyirikkan Allah swt. Jadi Allah hinakan dia dengan memalingkan dia dari kiblat.

2... Mayat yang berubah wajahnya kepada wajah babi (khinzir) sedangkan wajahnya elok sewaktu dikebumikan.
-- Orang yang meringankan dan meninggalkan solat.

3... Mayat yang perutnya menggelembung dan keluar banyak ulat (sedangkan sewaktu dikebumikan perutnya normal).
-- Orang yang makan dari sumber yang haram (mencuri dll.) & makan benda-benda yang haram.

4... Mayat yang jasadnya berubah menjadi batu hitam yang bulat.
-- Orang yang pernah menderhakai ibu bapanya.

5... Mayat yang kukunya menumbuh panjang & isi dari badannya terkeluar.
-- Orang yang gemar putuskan ikatan silaturrahim.

6... Mayat yang sewaktu dikebumikan lahadnya kering kontang tapi setelah digali semula oleh pemuda itu, lahadnya digenangi air hitam yang busuk.
-- Orang yang makan riba' (rasuah).

7... Mayat yang kelihatan sentiasa tersenyum & berseri-seri wajahnya.
-- Orang berilmu & beramal dengan ilmunya.

p.s. 7 keadaan mayat yang dijumpai oleh pemuda penggali kubur (untuk mencuri kain kafan) itu telah membawanya kepada pintu taubat. Nikmat Allah datang ke hatinya melalui penemuan-penemuannya itu. Apa agaknya yang perlu kita "dapat" lagi untuk membawa kita ke pintu taubat? (**fikir sendiri, ya...). Semoga bermanfaat!

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan: khutbah Nabi saw

Assalammua'laikum...
Khutbah Nabi Muhammad saw sebeum menjelang Ramadhan (pada malam terakhir Sya'ban).

Wahai manusia! Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghrifah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya paling utama.. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan dimana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal kalian diterima & doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus & hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa & membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.

Bersedekahlah kepada kaum fakir & miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah orang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa jalla memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya & mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-balakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.

Ketahuilah! Allah swt bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat & sujud, & tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri dihadapan-Nya.

Wahai manusia! Siapa saja diantara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka disisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba & diberi ampunan di atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka itu tertutup. Kerana itu mohonlah kepada Tuhan untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak pernah lagi menguasai kalian.

Wahai manusia! Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menuaikan 1 kefardhuan di dalam bulan yang lain.

Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan & bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka puasa kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya & kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang.

Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan & akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya & memerdekakannya dari neraka.

Kerana itu, perbanyakkanlah 4 perkara pada bulan Ramadhan: 2 perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, 2 perkara lagi yang sangat kalian perlukan. 2 perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah & mohon ampunan kepada-Nya.. Dua perkara yang sangatkan kalian perlukan ialah memohon syurga & perlindungan dari neraka.

Siapa saja yang memberi minuman kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan 1 minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga." - hadith riwayat Ibnu Khuzaimah.

p.s. Khutbah ini diberikan oleh seorang sahabat saya dalam bentuk hardcopy. Jadi saya taipkan semula untuk perkongsian... semoga bermanfaat!

Tuesday, August 3, 2010

Saat dia datang lagi...

Salamu a’laik…

Saat dia datang lagi…
Terasa sedih dan sayu tika mendapat tahu akan perkara ini. Semuanya datang secara tiba-tiba. Betapa tak pernah disangka, namun semuanya telah diduga cuma tidak secepat ini. Banyak sungguh rahsia Allah… subhanalllah!
Sesungguhnya setiap yang bermula pasti akan tamat. Setiap yang tercipta pasti akan hancur. Setiap yang benyawa pasti akan mati. Ya, mati. Saya, awak… kita semua akan mati. Persoalannya bila?

Bila?? Hmm… hari-hari kita mengira. “Bilalah nak sampai hari lahir aku ni?” Tapi bila tiba tarikh lahir kita, pernahkah kita berfikir tentang kehidupan kita selama ini? Pernahkah kita bersyukur kerana masih diberi peluang untuk “meraikan” hari lahir kita sekali lagi? Pernahkah kita merasa takut kerana hari demi hari, kita sebenarnya semakin menghampiri mati...

Baru kelmarin keluarga kami dikejutkan dengan berita pemergian mak long (sebelah abah), akibat daripada komplikasi diabetis. Menerusi telefon, mak memberitahu bahawa mak long telah dimasukkan ke hospital. Mak juga menceritakan tentang keadaan mak long yang semakin teruk. Diabetisnya yang sudah melarat telah menyebabkan dia hilang penglihatannya. Saya tahu, mak long pasti merasa sangat takut saat itu. Selepas solat zohor, kepada Allah swt, saya panjangkan doa buat mak long…

“Ya Allah, jika sakit yang Kau beri kepada mak long merupakan 1 ujian, maka aku mohon, ya Allah… berikan dia kekuatan, kesabaran, keikhlasan dan keredaan dalam menghadapi ujian-Mu. Namun, jika sakit itu merupakan 1 tanda bahawa dia harus pergi, maka aku mohon kepada-Mu, ya Allah… Mudahkan urusannya untuk kembali kepada-Mu & berikan kepadanya kekuatan, kesabaran, keikhlasan serta keredaan untuk menempuhinya.”

Sungguh, betapa Allah swt menepati janji-janjinya. Mak long telah menghebuskan nafas terakhirnya pada malam hari pertama dia di wad. Innalillah… dari Dia kita datang, kepada-Nya kita pulang.

“Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaatpun.” (Al-A‘raf,7:34) -Allah swt berulang kali menegaskan perkara yang sama di dalam Yunus, 10:49; al-Hijr,15:5; al-Nahl, 16:61 dan Nuh,71: 4 serta beberapa ayat lain.

Sesungguhnya, kematian yang lain merupakan peringatan buat yang lain. Bahawasanya, harta berbondong-bondong yang dicari setiap hari, kedudukan tinggi yang diperoleh atau diwarisi hanya akan kekal di dunia. Dimana saat dia datang lagi, semuanya akan ditinggalkan dibelakang. Tika dia, Izrail datang lagi dengan membawa perintah Allah swt semua yang telah diusahakan oleh seorang anak Adam itu akan lenyap darinya kecuali 3 perkara. Doa anak yang soleh, amal jariah dan sedekah.

Maka, didiklah anak agar menjadi anak mithali yang sentiasa mendoakan kebahagiaan & kesejahteraan orang tuanya. Bersolatlah 5 waktu kerana tanpa solat, amal yang setinggi gunungpun tak diambil kira. Dan bersedekahlah kerana sedekah itu merupakan harta kita yang sebenar dan saham kita di akhirat kelak.

Wallahua’lam…

p.s. Semoga Allah swt melimpahkan rahmat & rahim-Nya ke atas roh mak long. Amin...

Monday, July 26, 2010

Nabi kata, lebih wangi daripada misik!"

Salam' alaik....

Sedar tak sedar... bulan Sya'ban dah hampir ke penghujungnya... Bakal tiba tak lama lagi ialah Ramadhan. Ya, Ramadhan...
Mendengarkan tentang Ramadhan, pasti ada berbagai persepsi yang bakal terlahir dari mulut setiap muslim...
Mungkin ada yang kata, "Ya Allah, terima kasih kerana menemukan aku dengan Ramadhan sekali lagi."
Mungkin juga ada yang kata, "Ramadhan kali aku akan cuba manfaatkan sebaik-baiknya!"
Tak kurang juga ada yang kata, "Ramadhan kali ni aku nak khatam quran dan pergi tarawikh tiap-tiap malam."
Tapi mungkin juga akan ada yang kata, "Alamak, Ramadhan datang lagi? Kenapalah tiap-tiap tahun kena puasa?"
Atau ada juga yang kata, "Puasa kali ni nak buka kat mana, ek?"
Bagi yang berpandangan jauh, boleh juga kata, "Raya kali ni aku nak beli kuih 10 jenis, baju raya 5 pasang. Beli di mana murah?"
Lebih dasyat lagi bila ada yang kata, "Mana port aku nak ponteng puasa tahun ni, ek?"

Hmm... ragam manusia ni macam-macam. Kalau dah sebab "Islam" tu diwarisi turun-temurun...
Masya Allah. Semoga tahun ini, untuk Ramadhan kali ini, golongan-golongan (bertulisan kuning di atas) semakin berkurangan. Dan semoga saya tidak digolongkan dalam kalangan golongan tersebut. Amin...

Kalaulah setiap manusia sedar akan hakikat kehebatan puasa semasa Ramadhan ni, pasti... pasti tiap-tiap malam surau dan masjid akan penuh dengan jemaah-jemaah yang menunaikan tarawikh. Atau kalau kaki rasa berat sangat nak ke masjid, tarawikh di rumahpun jadilah (lebih baik daripada tak buat langsung). Pasti semua orang akan mengaji Quran, bertadabbur, berzikir, bermunajat... sampai kering air liur.

Dalam 1 buku yang saya baca, penulis menekankan bahawa puasa yang diwajibkan di bulan Ramadhan adalah bertujuan untuk menguji umat Islam. Setiap orang diberi ujian yang sama yakni berpuasa di bulan Ramadhan. Menahan lapar, dahaga dan nafsu di siang hari selama 1 bulan. Yakinlah bahawa Allah swt sedang menguji kita. Keinsafan, kesabaran, keikhlasan semuanya... Kata baginda nabi, "Sesiapa yang melaksanakan puasa Ramadhan dengan keimanan dan keikhlasan akan diampuni dosa-dosa yang telah lalu." Dosa terampun! Percuma saja... tak perlu susah-susah...

Selain itu, sistem pencernaan kita juga dapat direhatkan dan dibersihkan serta kandungan toksik dalam badan juga dapat dikurangkan. Jadi, bukankah dengan berpuasa kita dapat menjadi lebih sihat? Tambahan lagi, puasa bukanlah bertujuan untuk membataskan aktiviti seseorang bahkan untuk memberi kegembiraan dan kebahagian pada semua. Kata nabi lagi, "Orang yang berpuasa memiliki 2 kegembiraan. Kegembiraan saat dia berbuka dan kegembiraan saat dia bertemu Tuhannya."

Malahan dalam bulan Ramadhan juga al-Quran telah diturunkan dari langit (nuzul Quran, 17 Ramadhan) - Semak al-Baqarah, 2:185. Tak lupa juga pada penghulu segala malam, Lailatul Qadar yang penuh keberkatan dan ganjaran pahala bagi malam itu menyamai pahala bagi 1000 bulan. Doa orang yang berpuasa juga akan dimakbulkan. Sabda Rasulullah saw, "3 doa tidak ditolak. Doa seorang bapa, doa orang berpuasa dan doa orang dalam musafir." (riwayat al Baihaqi).

Malahan juga diriwayatkan dalam 1 hadis nabi, riwayat Bukhari bahawa di syurga nanti ada 1 pintu khas untuk orang-orang yang berpuasa memasuki syurga (di hari kiamat kelak). Dikatakan bahawa tidak ada orang lain selain daripada orang yang berpuasa akan diizinkan masuk melaluinya dan ia akan tertutup rapat setelah semua yang berpuasa masuk. Itulah pintu yang dinamakan al-Rayyan (dari perkataan al-Rayy yang bermaksud melepaskan dahaga). Macam vip kan? Ada pintu khas untuk masuk syurga!

Pintu-pintu syurga akan terbuka luas manakala pintu-pintu neraka akan tertutup rapat. Iblis dan syaitan juga akan dirantai. Apa lagi galakan dan ganjaran yang kita perlukan untuk berpuasa seikhlas hati? Walau hanya 1 hari berpuasa, kita sudah dapat merasakan 1 nikmat yang luar biasa ketika berbuka (walaupun dengan segelas air kosong)... jadi dapatkah anda bayangkan nikmat yang lebih besar menanti jika kita berpuasa lillahita'ala selama 1 bulan? Fikirkan sendiri...

p.s. Sabda baginda Rasulullah saw, "Demi zat yang menguasai jiwaku, Nescaya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah swt daripada minyak misik (kasturi)!" (hadis Qudsi)
wallahua'lam...

Saturday, July 10, 2010

Warkah buat-Mu...

Setiap kali aku berasa sepi,
Ingatkan aku ya Allah,
Bahawa aku tak pernah sendiri.
Setiap kali aku gembira,
Ingatkan aku ya Allah,
Bahawa hidup ini penuh cabaran.

Setiap kali aku jatuh dan tersungkur,
Bangunkan aku ya Rab,
Tiupkan padaku semangat untuk maju,
Agar jatuh pada kali ke-7 dan bangkit untuk ke-8,
Celikkan mataku pada pintu-pintu lain yang terbuka,
Dan tidak merenung pada pintu yang telah terkunci,
Sesungguhnya aku insan yang lemah ya Rab,
Gagah sekejap goyah berpanjang.

Setiap kali aku leka ya Rab,
Sedarkan aku pada maut,
Ingatkan aku pada tanggungjawabku,
Agar aku hidup bagai seribu tahun berbudi,
Supaya ibadatku bagai mati sedetik lagi,
Buka mindaku untuk kembali ke titi yang lurus,
Hindari aku dari keseronokan duniawi.

Setiap kali aku berasa-rasa,
Ingatkan padaku bahawa segalanya dari-Mu,
Usah amarahku meracun hati,
Jangan takburku memakan diri,
Jauhkan aku daripada dengki dan iri,
Padamkan kecewaku yang menggunung,
Lindungi aku dari kezaliman dunia,
Ingatkan aku ya Rahman,
Ingatkan aku ya Rahim,
Semuanya milik-Mu dan hanya kepunyaan-Mu,
Ingatkan bahawa aku cuma menumpang anugerah-Mu,
Maka tidak layak bagiku untuk berasa-rasa.

Setiap kali aku meminta lagi,
Pada sesuatu yang sangatku mahu,
Pada sesuatu yang sangatku impi,
Namun tak dapatku kecap,
Tidak ia hinggap walau sekejap,
Ingatkan aku ya Rab,
Bahawa usaha itu ditanganku,
Namun ketentuan itu hanya milik-Mu,
Dan jika aku terus meminta,
Merintih dan mendesak,
Ingatkan aku ya Rab,
Bahawa Kau maha mengetahui setiap sesuatu,
Bahawa segala yangku mahu tak semestinya yang terindah,
Bahawa segala yangku benci bukannya tercela.

Dan jika nanti aku berhenti berharap,
Sedarkan aku ya Rab,
Bahawa pada Engkaulah aku perlu terus meminta,
Ingatkan aku pada kuasa doa,
Yang tertuju hanya pada-Mu,
Ingatkan aku ya Rab,
Bahawa Kau ialah sang pencipta,
Tiada yang mustahil bagi-Mu,
Yang mewujudkan segala yang tiada,
Ingatkan aku ya Rab,
Agar terusku memanjatkan doa,
Tanpa henti, tanpa jemu,
Dan ingatkan aku ya Rab,
Bahawa doa itu hanya pada-Mu.

Dan kalau satu hari nanti,
Kau perlihatkan lagi kebesaran-Mu padaku,
Ingatkan aku ya Rab,
Untuk bersyukur pada-Mu,
Ingatkan aku sekali lagi ya Rab,
Bahawa Kau ialah al-Khaliq,
Maha mencipta segala sesuatu,
Ingatkan aku ya Rab,
Agar keajaiban itu mendekatkanku lagi pada-Mu.

Dan tika aku meminta cinta yang lain,
Maka ingatkan aku bahawa ianya fana,
Cinta itu mungkin tertolak dan digelak,
Ingatkan aku ya Rab,
Cinta itu takkan seindah kasih dan sayang-Mu,
Cinta itu tak mungkin sehebat cinta-Mu,
Maka ingatkan aku ya Rab,
Agar cinta itu takkan pernah melebihi cinta pada-Mu,
Moga ia membawaku mendekati-Mu,
Dan moga cintaku padanya adalah kerana agamanya,
Yang tika imannya hilang melenyap,
Maka terpadamlah cintaku padanya.

Dan sesungguhnya ya Rab,
Aku seorang insan yang lemah,
Makaku mohon diperkuatkan semangat,
Agar resmiku sama seperti si padi,
Makin berisi makin menunduk,
Usah resmiku bagai lalang,
Meliuk lentuk ditiup angin,
Mendabik tinggi tatkala berisi,
Ingatkan aku ya Rab,
Untuk terus meminta pada-Mu,
Dan hanya pada-Mu.

Ingatkan aku ya Rab,
Supaya selalu meluruskan niat,
Agar ibadatku, hidupku & matiku,
Hanyalah untuk-Mu.

Friday, July 2, 2010

Couple? Haram tu...

Assalammua'alikum...
Salam perangsang minda disaat-saat dunia diambang keruntuhan akhlak. Dimanakah kita agaknya?

Baru-baru ini ada seorang kawan lama saya yang minta dinasihatkan kerana katanya, secara tiba-tiba dia berkeinginan untuk couple. Bagus betulkan? Keinginannya untuk bercinta telah mendorongnya untuk berfikir tentang baik buruknya perbuatan tersebut. Akhirnya, dia menafikan kehendaknya itu. Malangnya, kebanyakan daripada kita tidak akan buat begitu. Ramai yang berkata, "kalau nak couple, couple je la. Apa salahnya?"

"Apa salahnya?"
Itulah masalahnya. Islam menggariskan panduan dalam pergaulan seharian umatnya. Couple itu salah disisi agama. Malahan, bercouple adalah bunga-bunga zina.Tidak ada istilah "berdua" antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim melainkan yang ketiganya ialah syaitan. Nabi saw kata, janganlah kamu mendekati zina.

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (al-Isra', 17 : 32)

Nak dekat dengan zinapun tak boleh, apatah lagi nak berzina. Cuba fikir, tengah solatpun syaitan boleh kacau kita, apatah lagi kalau kita tengah dekat dengan zina? Kan lagi bahaya? Ingat! Kita ni bukannya sekuat yang kita sangka. Bercouple boleh menyebabkan kita terlanjur, dan sekali terlanjur... sangatlah susah utntuk berpatah balik. Ingat sahabat! Allah swt kata, perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik. Jadi, kalau satu hari nanti kita ingin bernikah dengan seseorang yang suci dirinya daripada noda, yang pandai menjaga maruah diri... kita juga harus menjaga diri (dari sekarang) agar bersih daripada zina yang dibenci Islam ini.



Ada ke istilah "couple tapi tak berzina"? Kalau dah namanya couple @ berpasangan... dah tentunya kombo sekali dengan zina. Kalaupun zina mata, tangan, mulut dan telinga boleh dijaga, zina hati itu mesti ada... pasti ada. Itulah zina yang paling susah untuk dibuang. Tipulah kalau ada yang kata dia bercinta tapi tak buat zina hati. Ya ke? Bayangkan, orang yang bercinta ni paling-paling sempoipun 1 sms jiwang mesti ada dalam sehari tu - tu dah zina hati. Tengah duduk lepak-lepak kat rumah tetiba hati teringatkan si dia, siap terbayang lagi dia tengah buat apa, rindu-rindu lagi - tupun dah zina hati. Hati kita ni rapuh sangat. Hati nabi sawpun dicuci oleh malaikat Jibrail and Mikail bagi menjamin kebersihannya, inikan pula hati manusia biasa yang tak pernah dicuci. Bayangkan saja kekotoran yang melekat...

Memang berat untuk melawan kehendak untuk berpasangan. Naluri manusia ingin sentiasa dicintai dan mencintai. Anugerah itu sangat indah, tapi kalau asas cinta yang dibina itu sudah salah, sudah pasti cinta yang berdiri kelak juga salah. Perkara yang diharamkan takkan pernah menjadi halal walau apa cara sekalipun. Utamakanlah cinta kepada Allah swt, kerana itu adalah cinta hakiki, cinta yang tak mungkin ditolak.

Jadi mulakanlah perubahan daripada sekarang. Jika sudah bercouple, jangan fikir lagi, hentikanlah. Jangan tunggu hingga ada kekuatan. Kekuatan itu takkan hadir sendiri, ikhtiarkannya dan pupuklah. Cinta tanpa keredaan-Nya adalah cinta yang sia-sia. Mungkin ada yang akan menyindir, "Alah, dia tu tak nak couple ke, tak laku?" Mulut orang lain bukan macam mulut tempayan yang boleh kita tutup bila-bila masa saja. Cuba fikir, berbaloikah untuk kita mendekati zina semata-mata takut digelar 'tak laku'? Usah terlalu memikirkan kata-kata orang, kerana bukan mereka yang menentukan pahala dosa kita. Sudah jelas couple itu haram dan semua yang membawa kepada perkara yang haram juga adalah haram. Jadi, mengapa perlu dipersoalkan lagi?

p.s. Allah swt takkan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah nasib mereka sendiri. Usahalah dan kumpullah kekuatan untuk KATAKAN TIDAK PADA COUPLE. Lakukanlah anjakan paradigma demi kebaikan diri sendiri.

Friday, June 25, 2010

Macam Bonggol Unta!

Assalammua'alikum...

Hmm... tak tahu nak kata apa sekarang ni... Tengok fesyen tudung sekarang ni semakin entah apa-apa. Apa agaknya erti bertudung pada mereka? Hanya sekadar fesyen? Hanya sekadar meletakkan cebisan kain di atas kepala?

Sabda Rasulullah s.a.w: "Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian." - hadith riwayat Muslim.

Rasulullah saw pernah bersabda dengan maksud, “Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka (wanita) pula terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti... bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat.”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Ha, macam mana tu? Semua dah tercatat... si perempuan akan memakai "bonggol unta" di akhir zaman. Dan untuk mendapatkan bonggol unta tu, si pemakai perlu meletakkan rambut palsu di atas kepala @ sumbatkan tudung di dalam anak tudung supaya jelas kelihatan bonggolnya tu. Alasannya, dengan adanya sanggul tinggi tu, barulah tudung yang mereka pakai kelihatan terletak (tampak lebih kemaslah). Ye ke macam tu? Saya bertudung sudah lebih daripada 10 tahun... kemas je. Tak selekehpun tanpa bonggol-bonggol tu?


Persoalannya, "Adakah berbaloi untuk kita menjadi perempuan-perempuan yang terlaknat demi kelihatan 'kemas' dalam bertudung?" Istilah 'kemas dalam bertudung' itu sendiri banyak definisinya. Terpulang pada kita untuk mentafsirkannya. Bagi saya, memasang bonggol unta tinggi di atas kepala tidak kemas. Kelihatan macam kepala kita ada bisul besar yang dah berbulan tak surut (jangan marah, itu pandangan saya).

Kain tudung sepatutnya tak jarang, labuh menutup dada dan longgar (menyembunyikan apa yang patut tersembunyi). Jika dipinkan dengan baik, hasilnya juga akan baik, Si pemakai masih tetap kelihatan kemas tanpa bonggol itu. Dan satu lagi, kalau rasa nak lilit sakan tudung / selendang yang dipakai, gunalah tudung / selendang yang lebih besar / panjang agar penutup kepala itu masih lagi cukup besar untuk menutupi bahagian dada walaupun sudah dililit.

"...Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka..." (An-Nur : 31)

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin : Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59).

Sesungguhnya Islam itu itu agama yamg mudah. Jadi, kenapa harus kita menyusahkan diri dengan melakukan perkara yang dilarang sehingga tergolong dalam kalangan orang yang rugi?ISLAM yang kita miliki sekarang mungkin warisan turun temurun, tapi IMAN perlu dicari sendiri. Tak salah untuk berfesyen, tapi perlukah menjadi hamba fesyen sampai yang dilarang nak diangkat, dijulang? Setiap manusia inginkan yang terbaik untuk diri sendiri, jadi pilihlah dengan baik agar pilihan yang dibuat sekarang akan menjadi saham di akhirat kelak...
Menutup aurat tidak pernah menjadi satu pilihan. Ia merupakan 1 kewajipan yang dituntut. Jadi tutuplah aurat anda... Bukankah wanita itu cantik? Dan kecantikan itu bukan untuk dikongsi dan dipertontonkan kepada sebarangan orang...

p.s. Terjumpa gambar ni di dalam http://tinta-nuraziemah.blogspot.com/2010/03/wanita-hati-hatilah.html. Amati perbezaannya dan tanya, "AKU YANG MANA YA?". Semoga bermanfaat! (klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas)


Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...