Buat duit online

Wednesday, July 15, 2009

apa yang dicari dalam hidup?

assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

disebalik setiap kesedihan dan kedukaan yg acap kali melanda diri...
jiwa insani yg tak selalu tersenyum seperti jiwa-jiwa yang lain...
hati kembali berbisik sendiri, "apa yang ku cari dalam hidup ini?"
disaat kehampaan dan keraguan bermaharajalela di fikiran,
hati berbisik lagi, "mengapa perlu ditangisi kedukaan duniawi?"
sungguh! ku tak mahu menjadi hambaNya yang tak bersyukur,
sungguh! ku tak mahu perihal dunia yang fana ini mebutakan hati,
merosakkan minda dan memburukkan pekerti...

lalu, kembaliku risik di dalam hati...
"apa yang dicari dalam hidup ini?"
-kekayaankah?
-kesenangankah?
-kecantikankah?
-kebahagiaankah?
-atau ketenangan hati yang hanya dapat diperoleh dengan keredaan dan ketaqwaan kepadaNya?

memang mudah untuk berkata-kata, "ya, inilah saatnya! aku ingin berubah!"
ingin menjadi insan yang berpekerti mulia, berakhlak baik, muslimah solehah..
namun, kemudian masih didapati diri ini ditakuk lama,
mengapa terlalu payah untuk meninggalkan godaan dunia?
adakah cinta kepadaNya tak mencukupi lagi?
atau, masih belum dapat ku katakan rasa sayang ini sebagai cinta kepadaNya?
adakah rasa sayang ini masih belum cukup kuat untukNya?
sungguh, ya Rabbi! aku cuma insan yang lemah,
jika Kau tinggalkan aku di lautan nafsu duniawi sendiri,
maka kepada siapa dapatku berharap dan bergantung lagi?

apa yang kucari dalam hidup?
itulah soalan yang mengganggu selalu...
namun ku syukuri,
nikmat yang dikurnia Illahi,
sungguh! dia mendengar rintihan hatiku.
sungguh! ku yakini, janjiNya benar untukku.
rasa syukurku kepadaNya kerana mengurniakan sahabat-sahabat yang baik pekerti,
yang dapat ku jadi sebagai teladan dan panduan,
semakin hari, semakin ku tahu hala tuju...

ku inginkan rahmat dan rahimNya,
kudambakan petunjukNya,
ku perlu sentiasa dekat denganNya,
ku hendakkan bantuanNya... agar tak terus hanyut lagi, dan lagi...
ku mahu menjadi wanita yang paling bahagia di dunia...

seperti pesan Dr. Aidh di dalam sebuah bukunya, yang telahku simpulkan...

"jika kita bersabar, maka Allah akan memberikan kurniaNya kepada kita. jadi, usahlah bersedih! jadilah wanita yang paling bahagia di dunia... insya Allah!"

aku telah temukan apa yang ku cari dalam hidup. dan aku cuba sedaya upaya untuk reda dengan setiap pemberianNya, walaupun terkadang bukan itu yang ku mahu. ku yakini, SESUNGGUHNYA DIA MAHA MENGETAHUI. sudahkah kamu?

wallahualam...

0 comments:

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...