Assalamumua'alaikum...
Salam keindahan yang mengulit rindu setiap makhluk kepada Penciptanya...
Tengah hari tadi saya ada menonton 1 rancangan berbentuk dokumentasi di TV. Biasalah rancangan khas untuk wanita, apa lagi halnya kalau bukan kecantikan. Pengisiannya menarik, penuh dengan tip-tip & petua-petua turun temurun. Tapi, 1 perkara yang terkesan di hati saya ialah tentang teknologi terbaru yang digunakan untuk membuang bulu kaki. Hmm... biasanya pisau cukur atau krim khas akan digunakan untuk membuang bulu kaki. Tapi, teknologi terbaru ini membolehkan wanita untuk mengucapkan "Selamat tinggal" kepada semua teknik-teknik tipikal ini. Hal ini kerana teknologi tersebut akan membantutkan pertumbuhan bulu rambut kerana ia menggunakan kaedah pemanasan yang menghangatkan folikel rambut, lantas mencegah pertumbuhannya.
Cakap panjangpun tak guna (nama teknologi itupun saya tak ingat!).
Persoalannya, adakah kita dibenarkan untuk membuang bulu kaki? Memanglah... mencukur bulu kaki itu tak salah, tapi hanya bagi wanita yang mempunyai bulu kaki yang panjang (& menyerupai lelaki) sahaja. Namun,adakah ini bermakna kita boleh membuangnya terus secara kekal @ permanent? Saya tidak membicarakan tentang hukum (saya bukan ahli fiqh / syariah)... Tapi sedikit sebanyak, berdasarkan pengetahuan yang tohor ini, saya rasa, ianya bagaikan mengubah anugerah Illahi secara total. Ia tidak seperti bulu kaki yang dicukur secara tipikal, yang pasti akan tumbuh semula.
Lihatlah... betapa wanita sanggup berbuat apa saja untuk cantik. Mereka bagaikan tidak lagi malu untuk mengubah-ubah diri mereka semata-mata untuk digelar cantik, menawan, seksi... nak sangat kelihatan menggoda agaknya (ooppsstt... tersasul!)
Padahal, wanita itu sifat asalnya adalah pemalu, sopan santun, taat...
Tapi bila sifat malu itu sudah dicabut dari hati? Maka jadilah dia dengan apa yang dikatakan 'berhabisan untuk jelita' & 'biar plastik janji cantik' (termasuk juga 'berpakaian tapi bertelanjang'!). Dan itu adalah tanda awal kepada kehancuran akhlaknya yang boleh membawa kepada kemusnahan dirinya (minta dijauhkan!).
“Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hambaNya maka ia akan menghilangkan rasa malunya, maka jika telah dicabut rasa malunya kamu tidak akan menjumpainya lagi kecuali ia membenci & dibenci & dicabutlah rasa amanah darinya. Maka jika dicabut rasa amanah darinya kamu tidak akan menjumpainya kecuali ia khianat & mengkhianati & jika kamu tidak menjumpainya kecuali ia khianat & mengkhianati & dicabutlah rasa kasih sayang daripadanya. Dan jika kasih sayang dicabut darinya maka kamu tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk & dilaknat. Maka dicabutlah keislaman darinya.” (Ibnu Majah -4054)
Jadi, wahai saudari-saudariku, fikirkan semula tujuan sebenar keinginan anda untuk cantik. Adakah anda ingin cantik untuk 'memancing' kaum Adam? Jika ya, adakah anda rasa yang anda akan berjaya menarik perhatian jajaka-jejaka yang takutkan Allah swt & yang baik akhlaknya dengan kecantikan anda? Ingat! Umpan akan menentukan jenis tangkapan...
P.s. Saidina Hassan ra mengatakan bahawa sebaik-baik lelaki untuk dikahwini adalah yang baik budi pekertinya (akhlaknya) & yang bertaqwa (takutkan Allah) kepada Allah swt. Wallahua'alam...
Wednesday, December 1, 2010
Psst... Cantik? Nak, nak! II
Labels:
Psst... Cantik? Nak nak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh... disebalik setiap kesedihan dan kedukaan yg acap kali melanda diri... jiwa insani yg tak selal...
-
Bismillahirrahman nirrahim… Wahai Tuhanku yang membolak-balikkan hati, peganglah hatiku, peganglah hatinya. Sudah dua hari rasa su...
-
Assalammua'alikum... Hmm... tak tahu nak kata apa sekarang ni... Tengok fesyen tudung sekarang ni semakin entah apa-apa. Apa agaknya ert...
-
salam sejahtera... salam kesyukuran buat alam yg luas terbentang, buat langit yg tinggi menjulang. salam keinsafan dipanjatkan kpd Ilahi, tu...
-
Nabi Muhammad saw., bersabda, "Perbanyaklah mengingat pemutus segala kenikmatan duniawi (ke mati an)." Kata seorang sahaba...
-
Tuhan amat dekat dengan hambanya apabila dia sedang sujud maka perbanyakkanlah do’a (waktu sujud).” (H. R Muslim, Abu Dawud, Nasaai) Cuba r...
-
Salamu a'laik... Tertarik tadi dengan 1 analogi yang diberikan oleh salah seorang mursyid di akhir rancangan Imam Muda 2 tadi... Dia...
-
Assalammua'alikum... Salam perangsang minda disaat-saat dunia diambang keruntuhan akhlak. Dimanakah kita agaknya? Baru-baru ini ada seor...
-
Alhamdulillah...Syukur kepada Allah swt yang telah memberikan kesempatan kepada saya untuk melangkahkan kaki semula di Bumi UIAM, Kuantan ya...
-
salam'alaika.... terfikir sejenak tentang lumrah kehidupan yang kelihatan seolah2 mempermainkan... terkadang terjulang di puncak, terkad...
0 comments:
Post a Comment