Buat duit online

cahaya petunjuk


seindah cahaya petunjuk...

lamaku di situ, sendiri...
menoleh ke kanan kiri, tercari-cari.
ku tanya-tanya pada bumi...
"mana nak dapat
ketinggian hati?"
bumi jawab, "jangan tanyaku. kerana aku sentiasa di bawah. sering dipijak dan dihenyak."


ku tanya pula pada pepohon...
"mana nak dapat
keteguhan hati?"
pepohon menjawab, "jangan tanya kami. kami hanyalah pepohon yang lemah. ditiup ke kanan, ke kananlah."

ku tanya pada laut, "mana nak dapat
ketenangan hati?"
laut menjawab, "jangan tanya padaku. aku laut sentiasa berombak. gelombangku di dasar dan di permukaan, tak pernah tenang."

kutanya pula pada gunung, "mana nak dapat
kesabaran hati?"
gunung menjawab, bukan padaku patut ditanya yang itu.
aku tak sabar, amarah ku besar. sekali ku luah lava panasku, hancurlah pulau, berjerebulah bumi.

ku cari erti
keikhlasan, keredaan dan ketabahan...
berharapkan dapat menemui jawapannya.
namun hampa dan terus kecewa...
mungkin cukup lama namun tak selamanya...
datangnya Dia menjawab semua.


mengapa perlu bertanya pada makhluk-Nya?
sedangkan boleh terus meminta pada pencipta...
selebat air mata yang membasahi pipi,
semerah mata yang bengkak menangisi,
seremuk hati yang kecewa dan dicalari,
dipermainkan perihal dan arus duniawi.

tika ditiupkan nur... terus dari yang mengasihani,
hati, sedikit demi sedikit diperbaiki,
sesungguhnya, orang yang tahu dan mengerti
'percaya pada qada' dan qadar' sedalam erti,
pastikan bangkit setiap kali tersungkur,
pasti meletakkan semula harapan,
kecewanya tak lama, sedih seketika...
kerana kemudian dia kan bermula semula
setelah semuanya diperbetul...


"letakkan niat, tetapkannya, betulkannya jangan condong"
"usaha, usaha, usaha lagi dan tambah lagi... "
"hiaskan dengan ikhlas dan reda"

"tawakal tu a'lallah"
"hasilnya pasti manis bila semuanya dituju... LILLAHI TA'ALA"

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...