Buat duit online

Thursday, January 7, 2010

sampai ada "hoor" yang menanti


Assalamua’laikum… salam sejahtera ke atas kamu… para hamba Allah swt sekalian… semoga rahmat dan rahim-Nya sentiasa bersama kita semua… insya Allah…


Mengharapkan pada hoor yang sudi menanti di syurga…


Pada malam yang lepas, telahku hadiri satu kuliah yang diadakan oleh beberapa orang sahabat yang bertujuan sebagai perkongsian ilmu dan perbincangan... tajuknya “syurga dan neraka”. Ketika berlangsungnya kuliah itu, satu perasaan terbentuk di dalam hati... terlalu sibukkah aku dengan urusan dunia hingga terlupa, agaknya bila kali terakhir aku mengambil berat tentang syurga dan neraka Allah itu? Hakikatnya, kewujudan kedua-dua tempat itu sememangnya sentiasa kuakui. Namun sejauh mana diri ini mengambil tahu tentangnya? Pada malam itu baru ku sedar... bertapa ceteknya ilmu tentang syurga, bertapa tohornya pengetahuan tentang neraka!!

Saban hari... selalu kita mendengar, “aku nak masuk syurga, tak nak neraka.” Namun, sejauh mana kemengertian kita pada kedua-dua ciptaan Allah itu? Wallahu alam...


Kembali pada malam kuliah itu, ada satu soalan yang berbangkit. “kalau lelaki mendapat bidadari, perempuan dapat apa?” kebanyakkannya mengangguk... benar juga. Kalau lelaki dapat bidadari, perempuan dapat apa? Bidadara???? Kemudian seorang daripada kami menjawab bahawa sebenarnya yang dijanjikan oleh Allah kepada penghuni syurga ialah hoor. Hoor tidak dijelaskan jantinanya. Mungkin kita terlalu banyak dipengaruhi dunia barat yang menggambarkan hoor itu ialah bidadari yang merupakan perempuan muda cantik yang mengerbang-ngerbang pakaiannya. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa para wanita akan menjadi ketua kepada para bidadari bagi suami masing-masing. Para penghuni syurga akan mempunyai hoor masing-masing dan sang suami tidak akan cemburu pada hoor si isteri, begitu juga sebaliknya.

Di syurga lapisan-lapisannya dipisahkan oleh dinding-dinding & lantai-lantai jernih bak kaca yang lut sinar indahnya. Dan yang memisahkan antara taraf seorang penghuni dengan yang lain mungkin hanya satu zikrullah. Di syurga juga ada sebatang pohon yang diciptakan oleh Allah swt yang dapat menunaikan semua kemahuan penghuninya. Pohon itu dapat mengeluarkan seekor kuda yang gagah perkasa, minuman lazat yang belum pernah dirasa di dunia dan segala macam yang diminta.

Bagaimana pula di neraka? Daripada kuliah itu barulah ku tahu bahawa seringan-ringan azab yang disediakan, masih lagi merupakan seberat-berat siksaan. Apa dia hukuman paling ringan di naraka? Hukaman paling ringan itulah milik Abu Talib, datuk kepada nabi Muhammad saw. Abu Talib, orang yang sentiasa membela nabi yang juga tergolong dalam kumpulan ahli neraka kerana dia bukan seorang Islam. Namun, dia telah dijanjikan hukuman yang ringan di sana. Dan itulah yang dipanggil sebagai “terompah Abu Talib”. Sepasang terompah yang jika disarungkan ke kaki, maka menggelegaklah otak si pemakai. Masya Allah… dan itulah yang dikatakan seringan-ringan azab. Bagaimana pula dengan yang paling berat? Jika di syurga minumannya terdiri daripada minuman yang dihajatkan, di neraka penghuninya meminum air nanah. Nau’zubillah…


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Setiap umatku masuk ke dalam syurga selain orang yang enggan.” Mereka bertanya: “Ya Rasulullah! Siapakah yang enggan itu? Jawab baginda: “Siapa yang mematuhi perintahku, masuk syurga dan siapa yang melanggar perintahku maka sesungguhnya orang itu enggan.”(al-Bukhari)

Sesungguhnya kunci syurga itu adalah kalimah syahadah… dan ia ada pada kita. Jadi terpulanglah pada individu samada inginkan syurga di akhirat yang kekal mahupun syurga di dunia yang sementara.

Jika di dunia kita diduga dengan peperangan, maka di syurga kitakan mendapat sungai yang mengalir tenang.

Jika di dunia kita diduga dengan minuman, maka di syurga kitakan dihidangkan dengan arak yang sangat lazat dan tidak memabukkan.

Jika di dunia kita ditakdirkan untuk tidak menjumpai pasangan , maka jangan risau dan sedih kerana di syurga nanti pastikan ada hoor yang menanti… insya Allah…

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi.”


Kekuatan iman akan datang jika kita sabar dan tabah dalam meniti hidup di dunia. Yang penting perlulah amar ma’ruf nahi mungkar dan istiqomah dalam melakukan sesuatu… namun yang terpenting adalah niat. Luruskan niat lillahi ta’ala, jika tangan kanan memberi, tangan kiri tak perlulah tahu.

Semuanya pastikan indah jika ditujukan ikhlas kerana Allah swt… semoga sampai ada hoor yang menanti kita di sana.


~wallahu a'lam~

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...