Buat duit online

Saturday, October 31, 2009

Semudah mulut yang berbicara… sekeras hati yang enggan menerima…


Apa agaknya rasa bila tujuan kita disalah erti? Niat yang baik, tujuan yang baik tapi berkesudahan dengan kesalahfahaman yang mengguris hati... berderaian semuanya. Apakah silapnya? Manakah khilafnya?

Sesungguhnya tidak ada 1pun manusia yang mampu hidup sendiri. Malah moyang kita sendiri, Nabi Adam ra juga dikurniakan pasangan untuk mendampinginya, sang isteri yang bernama Hawa. Kita tak mampu untuk hidup sendiri seakhir ayat. Kita perlukan teman, keluarga, rakan dan sesiapa saja untuk mendapatkan nasihat dan pedoman. Pedoman yang membimbing agar sentiasa berada di jalan yang lurus.

Hmmm… ertinya setiap insan perlukan panduan. Memang lumrah manusia yang kadang-kadang terlupa akan tujuan hidup. Terlupa dengan janji-janji yang telah ditaburkan di alam ruh dulu, alam rohani.

Kesibukan dunia membutakan mata hati, keindahannya menutup jalan yang lurus itu. Kesenangan dan kemudahan yang membutakan kewajaran fikiran. Bila dinasihati, diperingatkan, diberi perkongsian ilmu… hatinya mula memprotes…
Dikatanya, “ tak semua yang kau nampak adalah betul.”
Dikatanya, “jangan pandang orang macam kau bagus sangat.”
TIDAKKAH DIA TAHU BAHAWA KITA PERLU UNTUK SALING MEMPERINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN???? Manusia mudah lalai!!

Kemudian dia berkata tentang si pelacur yang dijanjikan syurga kerana memberikan anjing minum.
Sejelasnya, apa yang dia tahu tentang kisah itu? Tahukah dia tentang sebab sebenar si pelacur itu dijanjikan syurga? Apakah dia merasa nasibnya akan menjadi seperti pelacur itu? Diberikan syurga dengan kebaikannya itu. Sesungguhnya ALLAH swt itu maha mengasihani lagi maha pengampun. Dia maha mengetahui segala yang ada di dunia, di akhirat dan antara kedua-duanya. Maha suci ALLAH… tuhan yang menciptakan.

Semudah mulut yang berbicara… sekeras hati yang enggan menerima…

Kenapa dia tak mahu terima semua yang ingin dikongsi? Pengisian ilmu ad-deen juga perlu, itu bekalan di sana… adakah dasarnya terlalu gelap untuk ditembusi sinaran?

Cara penyampaiankah yang salah? Atau cara penerimaannya yang silap…
Atau mungkin ini adalah ujian… Allah berfirman…

“KAMI PASTI MENGUJI KAMU DENGAN KEBAIKAN & KEBURUKAN SEBAGAI CUBAAN.” (al-anbiya’:35)

Hmm…mungkin kebaikan ini adalah ujian. Mungkin…

kasihi dia… sayanginya. Dia bukan lain, darah daging sendiri. Tidak mahu kelak diri ditanya, “mengapa tak peringatkan dia?”… sejarah hidupnya pernah mendung… jangan sampai kemendungan itu berlanjutan sehingga mengundang ribut… nau’zubillah… sebaiknya, biarlah ia berakhir dengan kecerahan dan keindahan.

Terkilan dengan sikapnya yang terus-menerus memandang serong pada niat…
aku cuma berkata, “tak apalah. Doa je banyak-banyak.”
Dibalasnya, “apa doa-doa? Tak penat ke asyik suruh doa? Suruh doa untuk examlah, apalah…”

Berderaian lagi semuanya mendengarkan itu. Mungkin bukan pada niatnya… tapi sesungguhnya, bahasa dan percakapan itu mencerminkan diri, perihal peribadi. Seolah-olah menonjolkan kejelakannya pada semua. Sekuat itukah kengganannya? Kalau benci sangat pada perkongsian ilmu itu, sekurang-kurangnya… syukuri nikmat doa yang dianugerahkan ALLAH… hanya doa orang Islam yang dikabulkan-Nya… DOA SENJATA ORANG ISLAM!! dan semua doa yang telah dipanjatkan belum tentu akan sampai… sesungguhnya kita insan yang penuh dengan kekurangan dan bergelumang dosa, bukan para rasul yang maksum… doalah berkali-kali, jangan penat, usah jemu… berdoalah dengan ikhlas dan jujur kerana ia melambangkan kesungguhan dalam keinginan.

Dalam sukar hitunglah kesyukuranmu
DALAM SENANG AWASI KEALPAANMU
Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
SUBURKANLAH SIFAT SABAR DALAM JIWAMU ITU
Begitu ajaran tuhan…

Hidup tak selalu indah… langit tak selalu cerah…

HASBIYALLAH
HASBUNALLAH
HASBI RABBI JALLALLAH
YA ALLAH… (lukisan alam, hijjaz)


Sabda Rasulallah saw:
“3 doa tidak ditolak. Doa seorang bapa, doa orang berpuasa dan doa orang dalam musafir”
(Riwayat al-Baihaqi, dikelaskan sbg sahih oleh al-Albani dlm al-Sahih,1797)

p/s. sesungguhnya mengangankan hari esok adalah sia-sia kerana ia bukan milik kita,
menyesali hari semalam tiada maknanya kerana ia sudah berlalu dan tak berundur,
merancang hari ini umpama mimpi kerana kita tak pernah tahu perkara seterusnya
jadi hargailah, hidupkanlah dan niatkanlah saat ini LILLAHITA’LA kerana ialah satu- satunya milik kita kerana sekejap lagi kita mungkinkan dijemput menghadap-Nya.

~WALLAHUA’LAM~

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...