Buat duit online

Tuesday, July 28, 2009

Mencari Cinta Sang Nabi

salam a'alaik... salam sejahtera buat semua yang diciptakan oleh Allah swt, sebaik-baik pencipta hanyalah Dia, milikNyalah langit dan bumi serta setiap satu yang ada antaranya.

Menilai keupayaan diri.
memang tak dinafikan kadang-kala hati ini tak putus-putus mengingatkan diri pada keinginan yang tak tercapai.
dan kadang-kalanya juga hati ini tak putus-putus mengingatkan diri untuk redha dan terima ketentuan Ilahi.
bila difikir-fikirkan kembali, kadang-kadang mengeluh sendiri...
kenapa agaknya jadi begini?
kenapa menjadi 'normal' seperti orang lain sekan-akan mustahil?
adakah dek kerana terlalu asyik membina harapan dan impian hingga tak sedar bahawa diri sudah terlalu lama hidup dalam angan-angan?
terlalu banyak rasanya persoalan yang bersarang di minda...
kelanjutan usia membuatkan akal banyak berfikir...

hmm... semakin cuba tuk dilupakan, semakin kuat pula bersemadi di dalam hati.
memang acap kali cuba untuk memajukan diri. namun kadang-kala itu tersungkur juga. mengeluh... dan bertanya, "bilakan berakhir semua ini?"
aku teringat pada 1 pepatah jepun, "jika terjatuh untuk kali ke tujuh, maka bangkitlah untuk kali yang kelapan."- mudah tapi dalam maknanya.
sejenak berfikir, kali ke berapa telah aku bangkit?
atau sebenarnya aku masih belum bangkit dari takuk yang lama?

dalam menyelami kemampuan diri, akal terfikir-fikir...
adakah aku harus bangkit sendiri?
atau kelak akan dianugerahkan kepadaku seseorang yang mampu menjadi contoh dan bimbingan kepadaku?
aku asyik memikirkan itu... sehingga aku terlupa bahawa sebenarnya Allah swt terlebih dahulu telah memberikan jawapan, dialah yang terpuji... Muhammad rasul Allah.
semuanya ada padanya...
peribadinya.
tetap teguh berdiri dalam melalui suka duka hidupnya.
apa sangatlah kedukaanku jika dibandingkan dengan kedukaannya?
dia dilahirkan yatim piatu, sedang aku masih punya ayah ibu.
dia hidup susah dan buta huruf, sedang aku masih punya peluang tuk belajar.
dia menerima cacian, hinaan, ejekan orang demi membina asas tapak Islam di bumi ini,
sedang aku? aku cuma perlu mengikuti landasan yang sudah tersedia.
dalam semua keadaannya itu, dia sentiasa berserah kepada Allah.
sedang aku? bila keadaan menentang kehendak, mula gusar.
benar... rasul Allah itu maksum.
tapi, dia juga manusia biasa.
Allah memilihnya sebagai penghulu, agar teladannya dapat diikuti tanpa sangsi.

sungguh tidak adil, bagaimana aku boleh melupakannya sedangkan dia tidak pernah lupa pada umatnya?
bahkan disaat nazakpun dia masih menyebut,"ummati, ummati, ummati..."
pernah suatu ketika dahulu, Nabi Allah itu berkata...
"Aku rindukan saudaraku..."
"Bukankah kami saudaramu, ya Rasul Allah?", soal sahabatnya.
"Kamu semua adalah sahabatku."
jawapannya itu membuatkan para sahabatnya tertanya-tanya. siapakah yang amat-amat dirindui baginda?
"saudara-saudaraku adalah mereka yang hidup selepasku, tidak pernah melihatku namun mereka beriman kepada Allah dan rasulNya. Mereka adalah ikhwanku..."

sungguh hebat rindu rasul Allah itu, namun mengapa aku tak punya rindu sekuat itu kepadanya?
sungguh! begitu banyak yang perlu diperbaiki dalam diri.
mungkin kerana terlalu sibuk mengejar ilmu duniawi, melayan kekecewaan duniawi...
sehingga terkadang lupa pada tujuan utama penciptaan umat manusia,
yakni beribadah kepadaNya!! masya Allah...

hmmm... bagaimana caranya ya untuk kembali ke penghulu insani?
satu cara yang pasti, adalah dengan mencintainya.
ya! mencintainya. mencintainya?

mencintai sang nabi...
pasti bukan cinta buta tuli,
cinta monyet? jauh sekali,
cinta padanya cinta hakiki,
cinta padanya 1000 erti.

mencintai sang nabi...
iblis pastikan perangi,
setiap jiwa2 yang cuba mendekati,
itu pasti, nabi juga akui.

mencintai sang nabi...
pasti dicuba, pasti diuji,
bagai air bah menggoyah diri,
sudahkah pasti ketegaan hati?

namun, demi mencintai sang nabi...
demi menempa tempat di firdausi,
demi menyempurnakan nilai Islami,
biar terkurung, biar dipenjarai,
oleh halangan bala syaitani,
demi mencapai cinta sang nabi,
biar perlahan pencapaian dilakari,
kelak moga tercapai juga hajat ini.

kerana mencintai sang nabi,
bererti mencintai juga Rabbi,
bermakna dunia diketepi,
semoga tercapai cinta sang nabi,
langkah kembali ke penghulu insani...

Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu, dan menampuni dosa-dosamu. Allah maha pengampun dan penyayang". (Ali-Imran,3:31)

Thursday, July 23, 2009

di bawah roda hidup, bersabarlah hai hati

salam'alaika....

terfikir sejenak tentang lumrah kehidupan yang kelihatan seolah2 mempermainkan...
terkadang terjulang di puncak,
terkadang tercampak ke lembah...
teringat kata2 pujangga bahawa...

"hidup ini bagaikan roda. sekejap di atas, sekejap lagi di bawah"

kemudian terfikirku mengenai soal ini...
dimanakah aku sekarang?
-di puncakkah?
-di lembahkah?
-atau ditengah2?

kembaliku bertanya pada hati...
kerana disaat akal dan fikiran menjadi buntu,
ku yakini pada hati sebagai peneraju...
walau mungkin hati ini tidaklah bebas daripada bintik2 hitam,
namun itulah yang masih ku miliki,
atau yang mampu ku miliki.

ya, lama ku cari dalam hati...
hati kemudiannya berbisik,
"sabar... jadikan sabar itu sebagai amalan kerana kata nabi, sabar itu adalah sinaran".
ya benar. mungkin aku perlu bersabar.
bersabar dengan kedudukanku dalam putaran roda hidup sekarang.
betul, aku mungkin bukan yang tertinggi dalam kitaran roda itu...
namun...
aku juga mungkin bukan yang terbawah, pasti bukan yang terakhir!!
ya, aku masih lagi beruntung...

hati kembali bertanya...
"bagaimana agaknya untuk memupuk jiwa yang bersabar?"

teringat kembali kata2 senior semalam, sewaktu perjumpaan pelajar2 audiologi malam tadi...
"kerjaya sebagai seorang ahli audiologi ini memerlukan kesabaran yang tinggi, kerana kita tak berurusan dengan pesakit2 biasa. pesakit kita luar biasa. kita yang perlu mencari penyakit mereka. tak sama dgn pesakit2 luar yg datang berjumpa dr. mereka dah tahu awal2, demam, batuk, selesema..."

kuncinya, kesabaran yang tinggi...
bagaimana caranya utk mencapai tahap kesabaran yg tinggi?
bagaimana agaknya utk megikuti teladan rasul Allah yang mulia?
diejek, dicaci namun masih tersenyum.
dihina, dilempari dgn bermacam2 objek, namun masih lagi tersenyum.
masih tega Baginda berdiri dlm usahanya utk menyebarkan cahaya Islamiyah.
subhanallah... maha suci Engkau yg mengutuskan sebaik2 utusan ke dunia...

Allah sentiasa bersama2 dgn org yg bersabar...
memang kadang kala diri ini terasa sedih dan kecewa bila hajat tak tercapai
hingga aku tertanya2, "kenapa semuanya bertentangan dgn kehendak?"
ya... setelah semua keringat dicurahkan,
akhirnya... aku hanya dikecewakan...
namun, kusedar...
itulah yg dinamakan ujian kehidupan,
ujian yg menyukat dan megukur takat dalamnya IMAN.
mana mungkin kedalaman dpt diketahui jika tidak mengukur?
jadi itulah ukuran keIMANan... sebuah ujian,
atau mungkin lebih daripada satu ujian...
maka kerana itu,
tatkala dilanda ujian, kuingatkan diri sendiri...
"bahawa aku sedang diuji dan diduga. maka bersabarlah wahai hati."
ya... bersabarlah...
kerana jika berjaya menghadapi ujian tersebut,
maka gembiralah wahai hati!
kerana tiada balasan yang lebih hebat di dunia dan akhirat
daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar ketika diuji di dunia yang fana ini.

bukankah sabar itu pembasuh dosa?
jadi sabar itu perlu dilakukan dan diamalkan,
sejak awal diri dilanda susah,
kerana ia begitu payah untuk dipupuk.
orang2 yg sabar sentiasa dikasihi Allah,
aku ingin menjadi org yg dikasihi Allah.
jadi, kuatlah wahai hati!
sabarlah, sabar pabila diuji,
kerana sesungguhnya wahai hati,
jika kau tak redha ketika diuji,
maka jauhlah kau drpd rahmat dan rahimNya!
aku tak mahu begitu!
mahukah kau begitu, wahai hati?

ku ingin hidup ini sentiasa dipandu olehNya...
jadi, sabarlah hai hati dan istiqamahlah,
kerana, "Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (al-Insyirah:6)

tanpa masalah dan ujian, mana mungkin diri ini akan matang? kerana ujian itu adalah sebaik2 penyakit, dan kesabaran itu adalah sebaik2 penawar.
maka, bersabarlah ketika diri berada di bawah roda hidup...
wallahualam...

Wednesday, July 22, 2009

hidup dalam dunia yang bersyukur...


salam'alaika....

hidup dalam dunia yang bersyukur...
apa yang boleh diperkatakan tentang hidup dalam dunia yang bersyukur?

teringat seketika tadi di dalam kelas human structure & function, seorang rakan memberi tazkirah mengenai hadiah percuma yang kita terima tiap2 hari. kemudian dia bertanya secara rawak, "apakah hadiah yang kita terima setiap hari itu?"...
aku hanya menggelengkan kepala, tanda tak mengerti dengan soalannya.
namun ada antara rakan yang lain menjawap, "udara! udara!".
kemudian baruku faham, itu rupanya yang dimaksudkan dengan hadiah percuma.
lalu si rakan yang bertanyakan soalan itu tadi dengan bersahaja berkata sambil menyimpulkan tazkirahnya, "betul, udara. bagi sesiapa yang tak tahu tu maknanya dia tak bersyukurlah."
sungguh!!.. ayatnya itu bagaikan satu anak panah yang tajam menusuk ke jantungku. betulkah aku tergolong dalam kalangan orang yang tak bersyukur? atau itu sekadar simpulan katanya yang sinis, untuk menyedarkan kita betapa banyaknya nikmat yang kita terima setiap hari daripada Allah SWT tanpa kita sedari?

ya... begitu banyak yang telah kita terima drpdNya, namun mengapa diri ini selalu meminta lagi dan lagi? apakah kurniaNya selama ini masih tak mencukupi?
aku pernah bertanyakan kepada seorang sahabat...
-"bagaimana caranya untuk menjadi insan yang bersyukur?"
>"syukur itu adalah tahap iman tertinggi.", katanya.
-"bagaimana untuk mencapai tahap iman tertinggi?". aku tanya lagi.
>"tambahkan ilmu agama."
-"bagaimana nak tambahkan ilmu agama?"
>"pupuk diri minat membaca buku2 ilmiah, keagamaan. dekatkan diri denganNya."
-"bagaimana nak pupuk diri untuk minat membaca?"
>"berdoalah.", jawapnya disusuli tawa kecil.
-"hmm... kalau nak doa tu dmakbulkan, kita kena ikhlaskan? macam mana nak ikhlas
dalam berdoa?", ku tanya lagi.
>"berdoalah. pokok pangkalnya adalah doa.", jawabnya, dan dia tertawa.

kembali semula pada hidup dalam dunia yang bersyukur...
bagaimana agaknya untuk membentuk diri agar tergolong dalam kalangan orang yang bersyukur? aku mencari-cari maklumat agar dapat menjawab pertanyaan hati ini...
kemudian, terlintas mata di sini...

Huraian drpd firman Allah swt, jangan ada rasa memiliki tetapi menyakini bahawa segalanya adalah milik Allah. agar tiada rasa angkuh, takbur, ujub, riak dan sombong dengan segala yang telah diberiNya kerana itu semua adalah pinjaman yang bersifat sementara atau dugaan yg menguji kemampuan diri dan takat iman terhadapNya. maka hendaklah selalu mengucapkan, "alhamdulillah...!! ". kata2 syukur yang perlu diamalkan tanda berterima kasih dengan kurniaanNya.

teringat pesan seorang senior, yang dikirimkan melalui sms...

"bersyukur pd org yg tlh menykitimu, krn dialah org yg menabahkan hatimu"
"bersyukur kpd org yg x mengendahkanmu, krn dialah org yg memupuk mandirimu"
"bersyukur pd org yg menjatuhkanmu, krn dialah yg memperhebatkan abilitimu"
"bersyukur pd org yg menyeksamu, krn dialah org yg meguji kesabaranmu"

maka sesungguhnya dgn itu, aku yakin...
walau buruk mana sekalipun keadaan,
walau teruk mana sekalipun org disekeliling,
walau ketentuan bertentangan dgn kehendak,
walau hebat manapun dugaan,
walau disaat kebahagian terasa sgt indah,
walau apapun sekali yg berlaku,
aku tetapkan cuba utk mengingatkan diri,
agar basah lidah ini dgn kalimah, "alhamdulillah..."
kerana sesungguhnya aku ingin hidup dalam dunia yang bersyukur...

"Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Ibrahim:7).

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...