Buat duit online

Sunday, December 13, 2009

Rambut sama hitam, tapi hati...

Salamua’laik…

Merenung sejenak tentang masa lalu, ternyata masih ada perkara yang belum selesai. Konflik yang telah bersarang diminda sebegitu lama. Sungguh! Sampai kini aku masih tak dapat jalan penyelesaiannya. Masih terkapai-kapai sendiri. Ya Allah, ku pohon sebuah jawapan.
Hari demi hari, tanpa disedari. Aku terajui hidup dengan kehadirannya disisi. Beban yang masih terpikul di bahu. Ke mana harusku bawanya? Di mana harusku tinggalkannya?

Akankah hadir disuatu masa nanti seorang penyelamat? Penyelamat yang dapat membebaskan belenggu hati ini?
Seperti datangnya Rasulullah SAW kepada umat manusia, menerangi jiwa setiap insani. Akankah Dia melakukan perkara yang sama untukku? Menghantar seseorang yang dapat membebaskan rantaian yang menjerat diri. Aku cuba untuk membuang perasaan itu jauh-jauh. Aku cuba meyakini hikmahnya. Atau harusku selesaikan semuanya sendiri? Soalnya, “Bagaimana?”

Aku cuba mempositifkan semua yang berlaku. “Apa-apapun, semua itu adalah pengalaman yang bakal mematangkan diri.” Namun rasanya aku tak cukup kuat untuk mengakuinya. Diri ini seperti enggan menolaknya pergi.
Sebuah siri pengalaman yang langsung tidak ada indahnya. Pengalaman yang meninggalkan seribu satu kesan yang mendalam di hati... sepahit-pahit kenangan. Melekat bagaikan digam kuat di dalam sanubari, terpaku kukuh diminda. Bagaimana harusku lupakan? Pada siapa harusku ceritakan? Setiap kali mengingatinya, hanya pada Dia aku mengadu. Butir-butir mutiara gugur lagi ke bumi, dengan harapan iakan dibawa pergi... melenyap dari diri. Sudahkah terjawab doa-doaku? Harga apakah yang perluku bayar untuk semua ini? Hutang apakah yang masih belum dilangsai?

Wallahi... aku tak mahu menjadi seorang hamba yang tak tahu bersyukur. Dengan kesyukuran, hatiku pastikan tenang. Namun, mana ia?

“Ya Yuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Kadang-kala aku bertanya, “Kenapa tidak ada yang memahami aku?” atau sebenarnya, aku yang tak mahu difahami? Entah apa lagi yang harusku lakukan... namun yang pasti, tidak ada satupun daripada saat itu yang telah aku lupakan. Hmm... manusia memang selalu begitu, bercakap ikut sesuka hati tanpa memikirkan kesan pada orang lain. Mengukur segalanya daripada pandangan mata kasar, menutup mata hati.

Ya Rabbal a’lamin, ya Rahman, ya Rahim... sesungguhnya, Dialah yang sentiasa ada disisiku. Namun, seringku lupa pada-Nya. Ku yakini, semuanya pastikan berakhir nanti. Hidupku pastikan menjadi normal seperti yang lain. Biarlah semua kenangan pahit itu menjadi pengajaran bagiku, tersimpan kuat dihati dan menjadi rahsia sendiri. Semua orang juga pasti punya rahsia peribadi yang tak pernah diungkapkan kepada orang lain...
Sesungguhnya, rambut mungkin sama hitam tapi hati lain-lain. Dan bukannya semua rambut berwarna hitam itu baik, yang berwarna-warni tak semestinya teruk. Pengalaman mengajarku untuk menilai dengan mata hati, bukan dengan mata kasar yang selalu tergoda dengan benda-benda yang cantik.

Yakinlah wahai hati! Bahawa semuanya adalah milik Allah SWT. Jasad ini hanya sementara, semuanya adalah pinjaman cuma. Kecantikannya, keburukannnya semua adalah ujian daripada yang maha mencipta. Apabila sampai masa kembali, hal duniawi yang merungsingkan hati ini... pasti! pasti tidak ada gunanya lagi...

“Ya Allah, aku minta kepada Engkau akan kebaikan hari ini dan kebaikan perkara dalam hari ini; dan aku minta perlindungan pada Engkau daripada buruknya dan buruknya perkara dalam hari ini.”

~~Wallaua’alam~~

Saturday, October 31, 2009

Semudah mulut yang berbicara… sekeras hati yang enggan menerima…


Apa agaknya rasa bila tujuan kita disalah erti? Niat yang baik, tujuan yang baik tapi berkesudahan dengan kesalahfahaman yang mengguris hati... berderaian semuanya. Apakah silapnya? Manakah khilafnya?

Sesungguhnya tidak ada 1pun manusia yang mampu hidup sendiri. Malah moyang kita sendiri, Nabi Adam ra juga dikurniakan pasangan untuk mendampinginya, sang isteri yang bernama Hawa. Kita tak mampu untuk hidup sendiri seakhir ayat. Kita perlukan teman, keluarga, rakan dan sesiapa saja untuk mendapatkan nasihat dan pedoman. Pedoman yang membimbing agar sentiasa berada di jalan yang lurus.

Hmmm… ertinya setiap insan perlukan panduan. Memang lumrah manusia yang kadang-kadang terlupa akan tujuan hidup. Terlupa dengan janji-janji yang telah ditaburkan di alam ruh dulu, alam rohani.

Kesibukan dunia membutakan mata hati, keindahannya menutup jalan yang lurus itu. Kesenangan dan kemudahan yang membutakan kewajaran fikiran. Bila dinasihati, diperingatkan, diberi perkongsian ilmu… hatinya mula memprotes…
Dikatanya, “ tak semua yang kau nampak adalah betul.”
Dikatanya, “jangan pandang orang macam kau bagus sangat.”
TIDAKKAH DIA TAHU BAHAWA KITA PERLU UNTUK SALING MEMPERINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN???? Manusia mudah lalai!!

Kemudian dia berkata tentang si pelacur yang dijanjikan syurga kerana memberikan anjing minum.
Sejelasnya, apa yang dia tahu tentang kisah itu? Tahukah dia tentang sebab sebenar si pelacur itu dijanjikan syurga? Apakah dia merasa nasibnya akan menjadi seperti pelacur itu? Diberikan syurga dengan kebaikannya itu. Sesungguhnya ALLAH swt itu maha mengasihani lagi maha pengampun. Dia maha mengetahui segala yang ada di dunia, di akhirat dan antara kedua-duanya. Maha suci ALLAH… tuhan yang menciptakan.

Semudah mulut yang berbicara… sekeras hati yang enggan menerima…

Kenapa dia tak mahu terima semua yang ingin dikongsi? Pengisian ilmu ad-deen juga perlu, itu bekalan di sana… adakah dasarnya terlalu gelap untuk ditembusi sinaran?

Cara penyampaiankah yang salah? Atau cara penerimaannya yang silap…
Atau mungkin ini adalah ujian… Allah berfirman…

“KAMI PASTI MENGUJI KAMU DENGAN KEBAIKAN & KEBURUKAN SEBAGAI CUBAAN.” (al-anbiya’:35)

Hmm…mungkin kebaikan ini adalah ujian. Mungkin…

kasihi dia… sayanginya. Dia bukan lain, darah daging sendiri. Tidak mahu kelak diri ditanya, “mengapa tak peringatkan dia?”… sejarah hidupnya pernah mendung… jangan sampai kemendungan itu berlanjutan sehingga mengundang ribut… nau’zubillah… sebaiknya, biarlah ia berakhir dengan kecerahan dan keindahan.

Terkilan dengan sikapnya yang terus-menerus memandang serong pada niat…
aku cuma berkata, “tak apalah. Doa je banyak-banyak.”
Dibalasnya, “apa doa-doa? Tak penat ke asyik suruh doa? Suruh doa untuk examlah, apalah…”

Berderaian lagi semuanya mendengarkan itu. Mungkin bukan pada niatnya… tapi sesungguhnya, bahasa dan percakapan itu mencerminkan diri, perihal peribadi. Seolah-olah menonjolkan kejelakannya pada semua. Sekuat itukah kengganannya? Kalau benci sangat pada perkongsian ilmu itu, sekurang-kurangnya… syukuri nikmat doa yang dianugerahkan ALLAH… hanya doa orang Islam yang dikabulkan-Nya… DOA SENJATA ORANG ISLAM!! dan semua doa yang telah dipanjatkan belum tentu akan sampai… sesungguhnya kita insan yang penuh dengan kekurangan dan bergelumang dosa, bukan para rasul yang maksum… doalah berkali-kali, jangan penat, usah jemu… berdoalah dengan ikhlas dan jujur kerana ia melambangkan kesungguhan dalam keinginan.

Dalam sukar hitunglah kesyukuranmu
DALAM SENANG AWASI KEALPAANMU
Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
SUBURKANLAH SIFAT SABAR DALAM JIWAMU ITU
Begitu ajaran tuhan…

Hidup tak selalu indah… langit tak selalu cerah…

HASBIYALLAH
HASBUNALLAH
HASBI RABBI JALLALLAH
YA ALLAH… (lukisan alam, hijjaz)


Sabda Rasulallah saw:
“3 doa tidak ditolak. Doa seorang bapa, doa orang berpuasa dan doa orang dalam musafir”
(Riwayat al-Baihaqi, dikelaskan sbg sahih oleh al-Albani dlm al-Sahih,1797)

p/s. sesungguhnya mengangankan hari esok adalah sia-sia kerana ia bukan milik kita,
menyesali hari semalam tiada maknanya kerana ia sudah berlalu dan tak berundur,
merancang hari ini umpama mimpi kerana kita tak pernah tahu perkara seterusnya
jadi hargailah, hidupkanlah dan niatkanlah saat ini LILLAHITA’LA kerana ialah satu- satunya milik kita kerana sekejap lagi kita mungkinkan dijemput menghadap-Nya.

~WALLAHUA’LAM~

Tuesday, September 8, 2009

kadang-kadang kita rasa...

bismillahhirrahmannirrahim...

ujian memang tak pernah berhenti daripada menimpa...
hmmm... kalau difikirkan balik, ujian mmg berbagai...
lain orang, lain ujiannya.
betul juga... kadang-kadang, kita rasa cemburu dengan apa yang orang ada.
kita persoalkan...
"kenapa orang lain dapat apa yang kita nak?"
"kanapa kita tak dapat semua yang kita impi?"

lebih teruk kadang-kadang, kita kata...
"sepatutnya aku yang dapat semua tu. bukan dia."
"aku lebih layak untuk dapat semua yang aku nak."

sangat dasyat bila mula mempersoalkan...
"mana letaknya keadilan tuhan?"
"mana pergi semua yang dijanjikan?"

memang parah bila

kadang-kadang kita rasa yang kita telah cukup bersedia.

kadang-kadang kita rasa yang kita sudah liputi segalanya.

kadang-kadang kita rasa yang kita mampu buat semua.

kadang-kadang kita rasa yang kita pasti boleh melakukannya.

namun, hakikatnya... bila masanya tiba...

bila saat semuanya datang... kita kecundang.
jatuh seperti nangka busuk, kata orang Melayu tua-tua.

setiap orang pastikan diuji, benar! kerana itu janji Allah pada semua.
jika lulus dengan baik dalam ujian, maka Alhamdulillah.
jika tidak, maka perbaikilah kesilapan.
ingat! ujian yang diberi sebenarnya mampu dilalui.
kerana Allah takkan menguji seseorang dengan ujian yang dia tak mampu harungi.
Allah kata dalam Quran, "setiap kesusahan pasti ada kemudahan."

dengan ujian kitakan jadi matang.
dengan ujian, kitakan jadi sabar dan tabah dalam mengharungi kehidupan.
lagipun, sabar bukanlah 1 sifat yang dihadiahkan. ia perlu dicari dan dipupuk. bagaimana memeupuk sifat sabar? sudah tentu melalui ujian.

Allah kata lagi dalam Quran, "usahlah kamu bimbang dan bersedih hati kerana kamu paling tinggi darjatnya bila kamu beriman."
maka sesungguhnya katahuilah bahawa Allah paling suka pada orang yang bersabar. jadi, kalau ada masalah, jangan mengeluh. jangan rasa menyesal, tetapi sabarlah.

"ALLAH TIDAK MEMBEBANKAN SESEORANG MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA." (albaqarah,2:286)

wallahualam...

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...