Buat duit online

Tuesday, June 8, 2010

Usaha habis-habisan

Salamua'laik...

Apa agaknya perasaan kita apabila begitu banyak berita tentang Palestin & Israel minggu ini?
Sepanjang minggu ini kita diwar-warkan tentang misi kemanusiaan beberapa badan NGO dari serata dunia. Kita diberitakan tentang perjalanan mereka ke Gaza bagi menghulurkan bantuan. Bermula dengan Mavi Marmara & kemudiaannya Rachel Corie... kedua-duanya terkandas separuh jalan.

Namun, adakah percubaan itu merupakan satu kegagalan? Adakah tindakan Israel terhadap kapal-kapal itu satu amaran? Bagi saya, percubaan itu merupakan satu cabaran yang baik terhadap Israel. Biar mereka tahu, kita tidak takut. Biar mereka tahu, kita ambil berat. Biar mereka tahu, kita ambil kisah!

Teringat saya pada kata-kata salah seorang penumpang Rachel Corie (dalam MHI, TV3) ketika askar Israel cuba memanjat kapal mereka, dia dan rakan-rakannya sudah siap memegang hos air bagi menghalang askar Yahudi daripada menaiki Rachel Corie. Kalau difikirkan, apalah hebatnya pancutan air daripada segulung hos? Dan bukankah tindakannya itu hanya akan mengundang marah askar tersebut? Bukankah sekarelawan itu secara tak langsung telah meletakkan nyawanya dihujung senapang? Bodohkah tindakannya? Mungkin ada yang akan berkata, "Dah jadi macam ni, serah diri sajalah. Nak mati free?"

TAPI...
Pantang maut sebelum ajal!
Pantang menyerah sebelum kalah!
Bak kata pensyarah saya, "Kalau ada meriam buruk, meriam buruk tu jangan ditinggal! Gilap dan baiki dan bawalah ke medan perang! Ada gunanya..." Jadi, dah tak ada senjata, hos airpun jadilah! Jangan sekali-kali menyerah kalah sebelum betul-betul bertempur... Kerana Allah swt akan membantu setelah kita cuba sehabis baik, setelah cuba habis-habisan! Tengok saja sejarah Nabi Muhammad saw, contohnya perang Khandak di Yathrib (Madinah)... Nabi dan orang Islam bersusah payah menggali parit besar mengelilingi Kota Yathrib, bagi menentang Quraisy Mekah yang bakal menyerang... Hanya selepas berusaha habis-habisan berbekalkan iman dan taqwa serta doa yang tak pernah putus, barulah datangnya ribut pasir dan atas kehendak Allah saw, askar kafir yang ramai itu berjaya dikalahkan.

Kuncinya mudah, usaha habis-habisan.
Mavi Marmara dan Rachel Corie mungkin kecundang, tapi tidak krew-krew kapal tersebut. Yang pasti, kesemua penumpang-penumpang kapal-kapal tersebut (yang datang dari serata dunia) telah menyaksikan sendiri bukti kekejaman Israel yan tidak mengira agama dan bangsa itu. Mereka pulang ke tanah air bukan dengan kekalahan, tapi dengan seribu pengajaran dan semangat baru yang bakal ditiupkan lagi pada golongan yang tidak berpeluang merasa sendiri pengalaman itu. Dan yang lebih pasti, tindakan tersebut telah membangkitkan kemarahan dunia. Suara dunia mungkin tidak cukup kuat untuk menggoyahkan "kuasa-kuasa veto" yang keras kepala itu... namun insya Allah pasti cukup kuat untuk rakyat Palestin, agar mereka terus-menerus bertahan kerana mereka tahu bantuan sedang sampai. Sekurang-kurangnya mereka tahu mereka tidak keseorangan, mereka tidak bertepuk sebelah tangan. Mata-mata dunia sedang terbuka, langkah-langkah dunia sedang menyusun. Kelak pasti, bumi yang kerap berdarah dan menangis itu akan kembali tersenyum dan ketawa, kerana kata Saidina Ali r.a., "Kau hanya perlu berharap pada Tuhanmu, dan tidak sepatutnya takut melainkan pada dosamu." Israel... tidak lebih daripada hanya sekeping tanah yang didiami oleh sekumpulan manusia yang angkuh, sombong dan kejam. Mereka hanya manusia yang mungkin hebat dan kuat, tapi pasti ada kelemahannya. Pasti ada kekurangannya. Pasti ada titik-titik rapuh yang boleh ditembak. Kita hanya perlu cuba dan cuba lagi dan lagi... sampai kita tahu titik kerapuhan mereka itu. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan melainkan Allah swt dan dosa kerana berdiam diri.

p.s. Mahmoud Ahmadinejad pernah berkata, "Gelombang revolusi Islam pasti akan sampai keseluruh dunia tidak lama lagi".


0 comments:

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...