Buat duit online

Wednesday, June 9, 2010

Hanya untuk si dia...

Bismillahirrahmannirahim...
Sesungguhnya, terasa rugi pada kita, si Muslim yang jauh...
Atas segala kurnia yang diberikan oleh-Nya,
Keamanan & keselesaan,
Kekayaan & kesenangan,
Kegembiraan...
Demi masa yang Tuhan bersumpah padanya,
Kitakah golongan insan yang rugi?
Kata beriman namun mengabaikan,
Seruan dan tangisan saudara sendiri.
Kitakah yang kejam?
Menjeling pada rayuan muslimin.
Duhai hati yang mentah!
Jangan sampai kau tergadah,
Berhenti dari ambil tak endah,
Bantulah si dia... saudaramu juga.
Kelak kau fikir siapa yang bakal membantu susahmu?
Si rejim zioniskah?
Si kafir Amerikakah?
Si angkuh komuniskah?
Tidak, pasti tidak...
Payahmu nanti hanya dialah yang pandang,
Si dia yang kau abaikan saat ini.
Susahmu nanti hanya dialah yang tolong,
Si dia yang tak putus-putus mendoakan kebebasan diri.
Hadiahkan doa buat si dia yang bergelar Palestin...
Doakan... hanya untuk si dia.
Bukankah doa senjata terakhir sang muslimin?
Enggankah kau jadi sebahagian daripada mereka?
Yang doanya tak putus berpautan ke langit,
Mendoakan kebebasan di dia.
Mendoakan kebebasan kita.
Mendoakan kebebasan Islam...

Amalkanlah qunut nazilah...
Sebagai tanda bahawa kita ambil berat terhadap nasib-nasib umat Islam di serata dunia.
Ketahuilah wahai sahabat, doa qunut nazilah juga diamalkan oleh Nabi saw bagi membela nasib 60 orang sahabat penghafal Quran yang dibunuh. Ia boleh diubah suai (bagi sesiapa yang mahir berbahasa & faham bahasa Arab dengan sangat baik) mengikut keadaan dan ditujukan KHAS buat musuh-musuh Islam yang kejam & tak berhati perut...

Semoga doa qunut ini akan dapat membantu "mengangkat" bebanan saudara-saudara kita di Palestin. Dan semoga doa qunut ini akan dapat membantu "menjatuhkan" rejim zionis yang semakin kejam itu. Yahudi - kaum yang tak tahu untuk berterima kasih dengan nikmat-nikmat yang telah Allah swt beri ini harus mendapat pengajarannya. Semoga doa qunut ini akan dikira sebagai usaha kita dalam membantu rakyat Palestin... insya Allah!

p.s. untuk keterangan lanjut tentang doa qunut nazilah jenguk-jenguklah

http://temanpetunjuk.blogspot.com/2007/12/qunut-nazilah-kepentingan-kepada.html

dan

http://www.eramuslim.com/suara-langit/ringan-berbobot/bacakan-doa-qunut-nazilah-bagi-gaza.htm#top-marko-top

Semoga bermanfaat...

0 comments:

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...