Buat duit online

Wednesday, July 22, 2009

hidup dalam dunia yang bersyukur...


salam'alaika....

hidup dalam dunia yang bersyukur...
apa yang boleh diperkatakan tentang hidup dalam dunia yang bersyukur?

teringat seketika tadi di dalam kelas human structure & function, seorang rakan memberi tazkirah mengenai hadiah percuma yang kita terima tiap2 hari. kemudian dia bertanya secara rawak, "apakah hadiah yang kita terima setiap hari itu?"...
aku hanya menggelengkan kepala, tanda tak mengerti dengan soalannya.
namun ada antara rakan yang lain menjawap, "udara! udara!".
kemudian baruku faham, itu rupanya yang dimaksudkan dengan hadiah percuma.
lalu si rakan yang bertanyakan soalan itu tadi dengan bersahaja berkata sambil menyimpulkan tazkirahnya, "betul, udara. bagi sesiapa yang tak tahu tu maknanya dia tak bersyukurlah."
sungguh!!.. ayatnya itu bagaikan satu anak panah yang tajam menusuk ke jantungku. betulkah aku tergolong dalam kalangan orang yang tak bersyukur? atau itu sekadar simpulan katanya yang sinis, untuk menyedarkan kita betapa banyaknya nikmat yang kita terima setiap hari daripada Allah SWT tanpa kita sedari?

ya... begitu banyak yang telah kita terima drpdNya, namun mengapa diri ini selalu meminta lagi dan lagi? apakah kurniaNya selama ini masih tak mencukupi?
aku pernah bertanyakan kepada seorang sahabat...
-"bagaimana caranya untuk menjadi insan yang bersyukur?"
>"syukur itu adalah tahap iman tertinggi.", katanya.
-"bagaimana untuk mencapai tahap iman tertinggi?". aku tanya lagi.
>"tambahkan ilmu agama."
-"bagaimana nak tambahkan ilmu agama?"
>"pupuk diri minat membaca buku2 ilmiah, keagamaan. dekatkan diri denganNya."
-"bagaimana nak pupuk diri untuk minat membaca?"
>"berdoalah.", jawapnya disusuli tawa kecil.
-"hmm... kalau nak doa tu dmakbulkan, kita kena ikhlaskan? macam mana nak ikhlas
dalam berdoa?", ku tanya lagi.
>"berdoalah. pokok pangkalnya adalah doa.", jawabnya, dan dia tertawa.

kembali semula pada hidup dalam dunia yang bersyukur...
bagaimana agaknya untuk membentuk diri agar tergolong dalam kalangan orang yang bersyukur? aku mencari-cari maklumat agar dapat menjawab pertanyaan hati ini...
kemudian, terlintas mata di sini...

Huraian drpd firman Allah swt, jangan ada rasa memiliki tetapi menyakini bahawa segalanya adalah milik Allah. agar tiada rasa angkuh, takbur, ujub, riak dan sombong dengan segala yang telah diberiNya kerana itu semua adalah pinjaman yang bersifat sementara atau dugaan yg menguji kemampuan diri dan takat iman terhadapNya. maka hendaklah selalu mengucapkan, "alhamdulillah...!! ". kata2 syukur yang perlu diamalkan tanda berterima kasih dengan kurniaanNya.

teringat pesan seorang senior, yang dikirimkan melalui sms...

"bersyukur pd org yg tlh menykitimu, krn dialah org yg menabahkan hatimu"
"bersyukur kpd org yg x mengendahkanmu, krn dialah org yg memupuk mandirimu"
"bersyukur pd org yg menjatuhkanmu, krn dialah yg memperhebatkan abilitimu"
"bersyukur pd org yg menyeksamu, krn dialah org yg meguji kesabaranmu"

maka sesungguhnya dgn itu, aku yakin...
walau buruk mana sekalipun keadaan,
walau teruk mana sekalipun org disekeliling,
walau ketentuan bertentangan dgn kehendak,
walau hebat manapun dugaan,
walau disaat kebahagian terasa sgt indah,
walau apapun sekali yg berlaku,
aku tetapkan cuba utk mengingatkan diri,
agar basah lidah ini dgn kalimah, "alhamdulillah..."
kerana sesungguhnya aku ingin hidup dalam dunia yang bersyukur...

"Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Ibrahim:7).

0 comments:

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...